11Jul

WordPress Kini Menjana Lebih Daripada 12% Laman Di Internet

Sumber Terbuka, Web 2.0

Mungkin semua sedia ketahui mengenai WordPress, iaitu salah satu platform untuk menulis dan membangunkan blog dan laman web. Hari ini, Matt Mullenweg mengumumkan yang mana kini WordPress menjana antara 12% hingga 14% daripada laman web diseluruh dunia, sekaligus memperlihatkan perkembangan sihat penggunaan WordPress diseluruh dunia.

Beberapa hari sebelum ini, pembangun WordPress turut sama telah melepaskan kemaskini baru untuk WordPress, iaitu WordPress 3.2, yang mana sehingga kini telah dimuat-turun lebih daripada 1 juta kali sehingga ke hari ini. Pada masa yang sama, kini WordPress.com turut sama menjana lebih daripada 50 juta laman blog padanya, sekaligus memperlihatkan penggunaan aktif WordPress dan blog diseluruh dunia.


Matt Pada WordCamp [via]

Sebelum ini, pada tahun lepas, ianya diketahui yang mana sebanyak 8.5% daripada laman-laman web di internet dijana menggunakan WordPress. Sejak daripada itu, WordPress telah memperkenalkan pelbagai perubahan dari segi antaramuka dan kepenggunaan, dan kini pembangunan WordPress 3.3 telah pun dimulakan. Mungkin dalam bulan-bulan akan datang, kita akan dapat melihat penambahan laman-laman WordPress di internet ini.


Automattic Kini Pemilik Baru Blo.gs
Facebook Melancarkan Fungsi Tag Status
Lebih 4 Perantian Akan Di Perkenalkan Yes4G Kelak
Says.MY : Pengguna Malaysia Merupakan Antara Pengguna Facebook Yang Aktif
Aplikasi Wikipedia Untuk Android Yang Rasmi Kini Boleh Didapati Daripada Market

6 Komen

  1. ekspresiruang pada 11 Jul 2011

    tak lama lagi rasanya nk berpindah ke WP dan hosting sendiri :)

    • izwannizam pada 11 Jul 2011

      yeah.bro punya blog memang mantap.bertambah mantap bila self-hosted :D

  2. Ahmad Fikrizaman pada 11 Jul 2011

    banyaknya..

  3. Iqbal pada 11 Jul 2011

    Apa yang bestnya developer wordpress selalu update version wordpress.org. Kadang2 tak dan update dah ada version baru.. style~

  4. matjoe pada 11 Jul 2011

    12% is HUGEEE percentage.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader