08Jul

YouTube Menguji Rekabentuk Antaramuka Laman Baru

Google

Nampaknya kini YouTube turut sama menguji beberapa perkara baru, termasuk rekabentuk halaman yang baru melalui projek yang dinamakan sebagai CosmicPanda. Melaluinya YouTube menguji pengalaman dan antaramuka baru untuk menonton video, melihat saluran YouTube dan juga list video dengan lebih menarik lagi.

Namun begitu, apa yang menariknya, jikalau dilihat secara kasar, antaramuka baru yang sedang diuji ini menyerupai serba sedikit dengan antaramuka 1Tube.my yang diperkenalkan tempoh hari. Ianya mungkin hanya suatu kebetulan sahaja.

Salah satu perkara menarik yang dilihat pada YouTube CosmicPanda ini adalah dimana ianya membolehkan para pengguna dengan mudah menukar saiz pemain video mereka, selain menjadikannya lebih interaktif berbanding sebelumnya.

Buat masa ini, ianya mungkin sekadar ujian. Namun apa yang ianya memperlihatkan adalah, yang mana YouTube bakal memperkenalkan antaramuka laman yang baru tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Ubah Title Bar Untuk GMail Anda
GMail Kini Mencadangkan Penerima Emel
Terjemah Emel Dengan Mudah Di GMail
Google Memberikan Perhatian Serius Kepada Permainan
Google Drive Bakal Dilancarkan Seawal Minggu Hadapan?

10 Komen

  1. eSafarEE pada 08 Jul 2011

    haha..nak nyan cat jugak :P
    mesti ade kaitan dgn integration with google+

  2. Affan pada 08 Jul 2011

    takmungkin youtube tiru 1tube, kebetulan kot kehkehkeh

  3. Aizat pada 08 Jul 2011

    Tak Suke !
    Tukar Punye Tukar Kang Jadi Macam Myspace ==’

  4. Omar pada 08 Jul 2011

    Salah astu perkara menarik…

    Typo..

  5. titan pada 08 Jul 2011

    aku rasa kebetulan aje tu..

  6. hehe pada 08 Jul 2011

    kalau 1tube yang mcm youtube, akan kata kebetulan jugak x? :)

  7. Iwani Khalid @ Kureno pada 08 Jul 2011

    Cantiknya youtube bawu me likey like!

  8. Finalcross pada 08 Jul 2011

    Nice & cool!

  9. Dik Mie pada 08 Jul 2011

    banggalah 1tube nanti leh claim youtube copy diaorg

  10. Kujie pada 14 Jul 2011

    yannn….yannn….yannn….yannn….yannn….yannn….yannn….yann….yann….yann….
    ( ini komen kak jie )


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader