Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sedikit demi sedikit perkhidmatan Google kini mula diintegrasikan bersama melalui Google+, dan kini ianya dilaporkan yang mana YouTube bakal mengintegrasikan sokongan Hangout Google+ pada halaman siaran langsung mereka, membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung sambil menonton siaran.
Buat masa ini, beberapa perkhidmatan yang menyediakan siaran langsung melalui web, cuma mengintegrasikan fungsi komen yang mana kebanyakkannya adalah menggunakan Facebook. Dan, seperti semua sedia maklum, video yang disiarkan secara langsung, menerima lebih banyak respon dan komen berbanding video yang dirakam dan dimuat-naik.
Melalui sokongan Hangout yang bakal diperkenalkan pada YouTube Live kelak, ianya akan membolehkan para pengguna menonton bersama rakan-rakan mereka yang lain, dan pada masa yang sama berinteraksi dengan mereka. Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan. Buat masa ini, melalui fungsi Hangout, ianya hanya membolehkan para pengguna menonton video yang telah dirakamkan sahaja pada YouTube.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kalau pengguna broandband memang tak boleh merasa la..
sudah tentu…
semput laa kalau pkai bband.
itulahhh..harap2 ada keajaiban..ekeke
win win integration n also more interactive..
Agh, totally what I expected!! Brilliant stuff lah Google.. the musicians on YouTube are gonna love this
weh ni win sangat nii.. thumbs up Google!
wah wah wah wah wahhh….
memang senang la gune youtube
tengok video google tu nampak cool je kerja kat sana..rilex..huhu
google mmg pulun habis2 ni….
apekah?
kalau pakai streamyx,berbaloi2 la jugak.kalau pakai broadband abis la bandwidth tu.hehe…
xabes2 ngan google nih.. isk3
fuyoo nampak gaya diorang ni mcm dah all out ni, bagus2.
guna broadband kat kg, terus xdapat hangout. huhu
cool~
Lepas ni semua laptop kene ade webcam laa….
HAHA….
nice….tak sabar nak tunggu
wuhuuuu!!!… memang nak “hangouts”.