28Aug

4Shared Memegang Takhta Sebagai Laman Perkongsian Fail Terbesar

Web 2.0

Selain daripada melayari laman web, membuat kerja atas-talian, berkomunikasi antara satu sama lain dan sebagainya, salah satu aktiviti yang popular dalam dunia internet adalah berkongsi fail. Kini, laman terkemuka TorrentFreak telah pun mengeluarkan carta 10 laman perkongsian paling popular memperlihatkan 4Shared memegang takhta pertama padanya.

Melalui apa yang diperlihatkan, data telah dikumpulkan melalui Google, dan menariknya ianya kelihatan laman torrent seperti kurang popular pada masa kini, berbanding laman perkongsian fail yang lain. Pada masa yang sama, laman carian FilesTube turut sama menduduki carta.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia melalui SKMM telah pun menghalang akses ke beberapa laman perkongsian fail terkemuka, termasuk FilesTube. Namun begitu, kemudian pihak FilesTube telah mengambil langkah awal dengan memperkenalkan akses melalui laman baru mereka. Buat masa ini, kesemua laman yang dihalang tersebut masih boleh diakses menggunakan Google DNS ataupun OpenDNS dengan mudah.


Facebook Bakal Menawarkan Perkhidmatan Seumpama Groupon?
Anugerah ICT NEF-Awani 2010 Menyaksikan Lebih 15 Syarikat Tempatan Bersaing
Twitter Memperkenalkan Discover Twitter
Aplikasi Tempahan Meja Di Restoran - Table4Us Bakal Dilancarkan
Amazon Bakal Menceburi Industri Telefon Pintar Pada Tahun Hadapan?

39 Komen

  1. Lia Nadia Qistina pada 28 Aug 2011

    syukur ada 4Shared, sebab senang nak download lagu dan fail-fail lain yang kita tak ada. Tak boleh harap BearShare atau Ares saja.

    • arnamee pada 31 Aug 2011

      kan..4shared terbaek!

    • shah pada 01 Sep 2011

      4shared wt download mp3 je la kn.. mudah…

  2. Hisyam pada 28 Aug 2011

    Jangan la government block 4shared. Banyak file aku kat situ. BTW 4shared terbaik, 2.5 billion pageview sebulan? Banyak gilos.

  3. arpem pada 28 Aug 2011

    nsb baek mediaifire rank no3, klu x msti kena boikot gak…

    • Kaixer pada 01 Sep 2011

      mediafire FTW. movie2. haha

  4. amoi pada 28 Aug 2011

    pehhh ingatkan mediafire.

    • acapz pada 28 Aug 2011

      tu la pasal. ingt mediafire. haha. 4shared takat download lagu je kt situ senang la

  5. phoenixstudio pada 28 Aug 2011

    aku tak pakai torent dri dlu..
    link api ftw! :D

  6. Azah pada 28 Aug 2011

    org lebih ramai dw lagu drpd dw movie kot. tu yg 4shared no 1. pape pun, 4shared memang da best. :D

    • Adam Roslan pada 28 Aug 2011

      Sebab ada sumber lain download movie. 4Shared download dari mobile pun boleh. Senang. Tak banyak prosedur macam laman yang lain.

  7. megat pada 28 Aug 2011

    4shared memang terbaik! khususnya untuk mencari lagu-lagu. namun mediafire sangat berguna untuk muat turun fail-fail yang lebih besar!

  8. Mashi pada 28 Aug 2011

    Suka 4shared !

  9. syuk606 pada 28 Aug 2011

    mmg suke download kat 4shared

  10. Fikri pada 28 Aug 2011

    slamat hari raye

  11. azwan11 pada 28 Aug 2011

    power gila 4shared. rapidshare tu xpatut ranking no 5. nyusahkan org je.

  12. BulanTerkenal pada 28 Aug 2011

    it should be mediafire!

  13. amirzaim pada 28 Aug 2011

    yang paling best sekali mediafire, boleh integrate dgn idm untuk dapat kepuasan maksima!!!

  14. hazari pada 28 Aug 2011

    4shared boleh preview file. takpayah download, dah boleh dengar.. tengok. mudah.

  15. Ali ridha pada 29 Aug 2011

    rapidshare tangga no. 5.
    banyak sangat dapat saman ni.

  16. jyundoo pada 29 Aug 2011

    xsangka plak 4shared begitus fofular sekali yer

  17. Haziq pada 29 Aug 2011

    wah

  18. zuan pada 29 Aug 2011

    mediafire n 4shared memang fav :D

  19. Amirulz pada 29 Aug 2011

    4shared gedung lagu ku :D !!

  20. AMR pada 29 Aug 2011

    4shared, sumber inspirasiku.. hekhek..

  21. Scromix pada 29 Aug 2011

    4shared gedung mp3 terbesar ..megaupload kalo file besar2 dan mediafire paling popular.

  22. Wan Perlis pada 29 Aug 2011

    tapi mediafire laju dr 4shared
    kelemahan mediafire bila file tu dah lama dia akan delete

    • IzhamHasan pada 29 Aug 2011

      rasenye pasal org download mp3 lagi banyak dari movie/software kot..

  23. topo pada 29 Aug 2011

    torrent tetap dihatiku hahaha

  24. Zul's Stuff pada 29 Aug 2011

    4shared x best..xleh resume!!

  25. nizamghazi pada 29 Aug 2011

    eh?! filesonic xde ea? padahal filesonic x kne blok pun

  26. miizan pada 01 Sep 2011

    jom download lagu

  27. ekspresiruang pada 01 Sep 2011

    pergh angka pageview 4shared mmg undisputed.
    company no2 sampai no8 kalau bergabung dari segi pageview pon blom dpt lawan pageview 4shared.

  28. huhh haah pada 02 Sep 2011

    bearshare best,,,,, :)

  29. kyrul pada 02 Sep 2011

    nasib 4 shared x diblocknya -.-

  30. Lia Nadia Qistina pada 03 Sep 2011

    Nasib baik 4shared tidak di banned di Malaysia

  31. msat1891 pada 03 Sep 2011

    mediafire mg laju dr 4shared..hehe

  32. lanun pada 08 Sep 2011

    4shared??… xbest. best lg mediafire

    masalah 4shared…ade waiting time jd xleh nak wat direct link ke web, kalau tetibe connection loss kene start donload dr 0…slow lak tu dr mediafire

    yg jd pop kat malaysia sbb ade base melayu tu je kot


Trackbacks/Pingbacks

  1. 4shared Tempat Upload Percuma Dan Terbaik! | Blog Hati Batu

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader