Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Semakin hari, penggunaan media sosial dikalangan pengguna tempatan semakin meningkat, dan terkini, melalui sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Nielsen, ianya menunjukkan yang mana hampir 64% pengguna di Malaysia terpengaruh pada pengiklanan di media sosial, termasuk pada Facebook, Twitter dan juga blog.

Daripada kajian yang dikeluarkan itu, hanya sebanyak 36% pengguna Malaysia mengatakan yang mana mereka tidak terpengaruh langsung dengan pengiklanan pada media sosial. Pada masa yang sama, ianya juga memperlihatkan yang mana hampir 69% pengguna Malaysia mengikuti jenama melalui Twitter, ataupun Facebook.

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan beberapa media pengiklanan tempatan yang mana menjurus pada pengiklanan melalui Facebook dan juga Twitter, seperti Says.my dan juga ChurpChurp. Mungkin dengan kadar penembusan internet yang semakin meningkat, kita mungkin akan dapat melihat impak media sosial yang lebih tinggi dikalangan pengguna tempatan.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
iklan kat web dah interaktif.
setuju!
trend sekarang… lagi pun internet dah boleh capai dimana² sahaja sekarang..
Zaman Internet ni ,selaras dengan hadis nabi akhir zaman,yang bermaksud, akhir zaman nanti,kita merasakan setahun seperti sebulan,sebulan seperti seminggu,seminggu seperti sehari dan sehari seperti satu jam. Apakah maksud yang tersirat disebaliknya pada konteks masa dan perniagaan hari ini?.