26Aug

Adakah 1Malaysia.com Masih Hidup Ataupun Sebaliknya?

Web 2.0

Ingatkah lagi anda dengan laman sosial tempatan yang dilancarkan pada bulan Januari yang lalu, sejurus selepas berita tipu berkenaan penutupan Facebook tersebar? Laman sosial yang diperkatakan telah dibangunkan sejak 2 tahun yang lepas itu, kini kelihatan seperti tidak begitu aktif lagi dikalangan pengguna Malaysia.

Menurut Alexa sendiri, laman tersebut memperlihatkan kemerosotan dari semasa ke semasa. Selain daripada itu, pada laman tersebut juga, kemaskini artikel blog kelihatan seperti dilakukan oleh bot, dan berupa seperti spam. Fungsi Chat yang diperkenalkan padanya juga seperti tidak dapat diakses buat masa ini. Berkemungkinan terdapat masalah pada bahagian pelayan mereka ketika kami cuba aksesnya.

Namun kini, apa yang menjadi pertanyaan adalah, adakah projek 1Malaysia.com ini masih lagi hidup dan mendapat kunjungan pengunjung pada masa sekarang ini, ataupun adakah projek yang diperkatakan dibangunkan selama 2 tahun ini oleh pembangunnya, hanya dibiarkan begitu sahaja oleh mereka?


S2Twit : Gateway SMS Twitter Tempatan
HTC Memperkenalkan Fungsi HTCSense.com
Undi Kawasan Anda Untuk Diaktifkan Pada eParlimen
Fleapy Membolehkan Anda Mengetahui Harga Tambang AirAsia Terendah
Profil Faces.my Turut Akan Menyertakan Halaman Portfolio Terbina

12 Komen

  1. anazhd pada 26 Aug 2011

    pendapat eden : warung sudah tutup :)

  2. EddyGeek pada 26 Aug 2011

    ehem ehem, pihak berkenaan tolong jawab, sedih aku kalau site ni ditutup. hilang semangat 1malaysia aku nanti. hehe

  3. SJ pada 26 Aug 2011

    x best

  4. FaizFizy Rosle pada 26 Aug 2011

    hangat2 taik ayam… aku skunk ade try octove gak. tgk la cmner.

  5. eSafarEE pada 26 Aug 2011

    bajet kena potong..

  6. qimaxx pada 26 Aug 2011

    i loike malaysia

  7. Twit N View pada 26 Aug 2011

    bekalan oksigen tak mencukupi nampaknya, semoga mampu bertahan, kalau tak berdaya juga cabutlah alat bantuan hidup tu, biarlah ianya pergi dgn aman dan tenteram…

  8. kss pada 26 Aug 2011

    hangat2 tahi ayam je kot…

  9. Teratoman pada 26 Aug 2011

    “Connecting people to ‘nothing’”.

  10. matjan pada 26 Aug 2011

    kalau dah name project kerajaan, mesti duit buajet masuk poket kroni 90%. lebihnya buat cari dev dengan hosting.

    mcmc buat apa? buat tak tahu la. lol

  11. najashark pada 26 Aug 2011

    tunggu tarikh expired je..

  12. mrkay pada 26 Aug 2011

    “arwah” pernah fames seketika. Dan di serang “pengganas” beberapa kali. Umur “arwah” tak sepanjang tempoh masa yg kononnya di ambil untuk utk “menghidupkan” “arwah”. Semoga “arwah” aman di sana.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader