30Aug

Adobe Melancarkan Aplikasi Rasmi PDF Untuk Pengguna iOS

Perisian

Ingin membina fail PDF dengan mudah menggunakan peranti iOS anda? Kini anda boleh melakukannya dengan mudah, dimana hari ini Adobe telah pun secara rasminya melancarkan aplikasi khas untuk para pengguna iOS yang mana setaraf dengan Adobe Acrobat, iaitu CreatePDF. Ianya boleh didapati pada harga $9.99 melalui Apple AppStore.

Melalui aplikasi CreatePDF, ianya akan menjadikan CreatePDF sebagai aplikasi utama untuk membuka fail-fail dokumen, seperti Word, Excel, PowerPoint, OpenOffice dan pelbagai lagi, termasuk fail imej, sekaligus memudahkan para pengguna untuk menghantarkan emel dalam bentuk PDF dengan senang dan pantas.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkan aplikasi ini pada harga $9.99 terus melalui Apple AppStore dengan mudah bermula hari ini untuk iPhone, iPad dan juga iPod Touch.


Firefox 3.5 Membawakan Sokongan HTML5
iPhone 4 Kini Di Apple Store Malaysia
Apple Bakal Mengumumkan Mac OS X, iOS5 Dan iCloud Pada WWDC
Pengguna Malaysia Sanggup Berbelanja RM3 Hingga RM60 Untuk Membeli Aplikasi
Adakah Firefox Dalam Masalah Dengan Mengeluarkan Versi Firefox Baru Dengan Pantas?

2 Komen

  1. EiNS pada 30 Aug 2011

    Bapak mahal…apple secara default boleh bukak pdf, word, ppt etc…lagipun ada ibooks juga boleh baca pdf cuma xleh create je


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader