Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Akhir-akhir ini Google telah memperkenalkan beberapa kemaskini untuk Android Market, dan hari ini, Android Market 3.1.3 telah pun dilepaskan, membawakan beberapa perubahan padanya, termasuk penggunaan ikon yang serba baru, dan juga pengintegrasian sokongan Google +1 padanya.

Sokongan +1 telah pun diperkenalkan kepada pengguna Android Market versi web sebelum ini, dan kini ianya diintegrasikan pada pengguna Android. Selain daripada itu, Android Market 3.1.3 turut sama membawakan sokongan PIN untuk pembelian, sekaligus memudahkan urusan pembelian, dan lebih selamat berbanding penggunaan Google CheckOut.
Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun fail *apk untuk Android Market 3.1.3 sementara Google memperkenalkannya secara berperingkat kepada semua.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kali ni aman bagi link pula, siap multiupload tuh. hehe
Cool… thanks for the link
wah..support dropbox.. mmg senang r keje aku mcm ni.. terbaik r.. 3.1 ni.. tapi ni support kat peranti baru je ke..atau just update dari android lama
oh takde la perubahan byk sgt.. tapi ape kurang minat startup dia lembab skit kalo internet tak bape laju.. tp better la dari startup apps store.. kui3
dia boleh support kat semua versi android
The Market update in this post is meant for phones only – there is no known update to the Honeycomb tablet Market at the moment.
using on galaxy S,
aku pakai android market us, dah 1-2 minggu update, tapi baru tahu ada google +1.
Nice gak la, macam ada tiru market windows phone sikit-sikit
nice..downloading,hehe..tq amanz..
ini menarik, tapi byk yg kene bayo….
mesti makin berat nih
camner nak update android market tanpa manually install file .apk tu ye? hmm..
HTC Wilddire aku dah update semalam..besau, 7.33MB..penuh memori telefon aku yang kecil ni.
Nampak gaya kena tukar telefon lain dah pasni..
kena beli hp android cepat ni..huhuhu
uppdate..
Terima kasih…sedang update…