Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pelancaran aplikasi Google+ untuk Android dan juga iOS, kini seperti diperkatakan sebelum ini, aplikasi Google+ untuk Windows Phone sedang dalam pembangunan. Dan bertambah menarik lagi, apabila kini, paparan antaramuka pertama aplikasi tersebut mula kelihatan.
Sama seperti aplikasi lain pada Windows Phone, aplikasi tersebut turut sama membawakan elemen-elemen Metro, menjadikan ianya lebih serasi dengan pengguna Windows Phone. Sehingga kini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah aplikasi tersebut akan dilancarkan kepada pengguna Windows Phone.

Berkemungkinan, kita turut sama akan dapat melihat aplikasi Google+ dibangunkan untuk platform-platform lain, termasuk Symbian dan BlackBerry sebelum Google+ dibuka secara rasminya kepada semua pengguna diseluruh dunia.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
cool gak! metro style rulez…
bulan telah kelihatan..huhu
smart gak.keep it up
belum install lagi app ni dalam Iphone..rasanya dah ade dalah apple store ritu