16Aug

Twitter Membuka API Twitter Photos Kepada Para Pembangun

Web 2.0

Setelah memperkenalkan sokongan dan fungsi memuat-naik gambar terus ke aplikasi rasmi Twitter melalui web sebelum ini, kini hari ini Twitter turut sama mengumumkan pembukaan API kepada para pembangun, sekaligus membolehkan mereka menggunakan fungsi serupa dalam aplikasi mereka.

Twitter Photos

Beberapa aplikasi seperti sedia maklum mempunyai fungsi muat-naik imej padanya, dan sering menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk hos akan gambar dan imej. Kini dengan pembukaan API oleh Twitter sendiri, ianya akan membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan Twitter itu sendiri dengan mudah.

Selain daripada itu, ianya juga diperkatakan yang mana melalui API yang diperkenalkan oleh Twitter itu, ianya juga turut sama memperlihatkan berkemungkinan Twitter turut sama akan menyokong beberapa bentuk media yang lain, termasuk video. Namun ianya masih lagi belum dalam perancangan buat masa ini.

Sama-sama kita nantikan beberapa aplikasi pihak ketiga, selain aplikasi Twitter itu sendiri mula mengintegrasikan sokongan Twitter Photos tidak lama lagi.


Blog Peribadi Ahmad Shabery
TweetNews : Enjin Carian Berita Dari Pembangun Yahoo!
MentariWorks Ke Arah CMS - MentariCMS
WordPress 3.1 Telah Dimuat-Turun Lebih 15 Juta Kali
TonTon Kini Mempunyai Lebih 2 Juta Pengguna Berdaftar

3 Komen

  1. Fairuz Sulaiman pada 16 Aug 2011

    Alhamdulillah. tetapi saya masih tidak mempunyai masa untuk membangunkan aplikasi twitter

  2. snazzybizarre pada 16 Aug 2011

    pasni boleh gne kat tweetdeck.. yay

  3. hazari pada 16 Aug 2011

    takde news lagi ke pasal photovine ?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader