31Aug

Aplikasi Dolphin Browser Kini Turut Ditawarkan Untuk Para Pengguna iOS

Google

Mungkin ramai yang sedia kenali akan aplikasi pelayar web popular untuk Android, iaitu Dolphin Browser. Menariknya adalah dimana kini kelihatan yang mana pembangunnya turut sama menawarkan aplikasi pelayar web terkemuka itu khas untuk para pengguna iPhone, dan boleh didapati melalui kedai aplikasi Apple bermula hari ini.

Melalui pelayar web Dolphin untuk iPhone, ianya membawakan sokongan gestures untuk membolehkan anda bernavigasi antara web mudah-alih dengan mudah dan senang, sokongan Webzine dan pelayar web dengan tab, Speed Dial, dan banyak lagi. Ianya juga turut membolehkan anda bertukar antara paparan desktop dan mudah-alih dengan senang dan pantas.

Dolphin Browser ini boleh dimuat-turun melalui Apple AppStore secara percuma, dan menyokong iPhone, iPod Touch dan juga iPad, namun tidak dioptimasikan sepenuhnya untuk tablet buat masa ini.


Ekonomi Tidak Menjejaskan Pendapatan Google
Google Bakal Melancarkan Perkhidmatan Dinamakan Photovine
Google Bersama Kerajaan Arab Saudi Membawakan Solat Terawih Langsung Dari Makkah
Gingerbread Kini Merupakan Versi Android Yang Paling Luas Digunakan
Google Sedang Membangunkan Chrome Versi Metro Untuk Windows 8

7 Komen

  1. EddyGeek pada 31 Aug 2011

    jarang betul nak tgk app android ke iphone.. xlekeh da la iOS ni. haha.

  2. KambingBek2 pada 31 Aug 2011

    tgh download kt iphone 4 hehe..

  3. lan pada 31 Aug 2011

    Selamat menggunakan dolphin browser..wahai ios user..huhu

  4. fazuri.saat pada 31 Aug 2011

    best browser ni..ade gestures.smooth je kalo gne bbanding stock browser android.

  5. ali mamak pada 31 Aug 2011

    gestures 2 cmne eh.. aku x paham sgt

  6. amirulez pada 31 Aug 2011

    ak pnah pki dolphin kat android.. best jugak.. tp leh lawan safari akt iphone ke?

  7. muhian pada 31 Aug 2011

    dah test kat tablet andriod.biasa2 je.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader