17Aug

Aplikasi FourSquare Untuk iPhone Turut Memperlihatkan Gambar Pada Stream

Web 2.0

Setelah mula memperlihatkan gambar pada halaman utama FourSquare, sekaligus menjadikannya lebih menarik dan interaktif, kini pihak FourSquare turut sama telah mengemaskini aplikasi FourSquare untuk iPhone, menyertakan fungsi yang sama, menjadikan stream aktiviti kini tampak lebih menarik berbanding sebelumnya.

Kini, setiap kali rakan anda daftar-masuk ke sesuatu lokasi, dan menambah gambar padanya, ianya akan diperlihatkan dengan menarik sekali pada aplikasi iPhone dan juga web. Pada masa yang sama, pihak FourSquare turut sama menjanjikan fungsi yang serupa untuk pengguna Android dan juga Blackberry tidak lama lagi.

Bagi para pengguna FourSquare untuk iPhone sedia ada, anda boleh memuat-turun aplikasi tersebut secara percuma terus melalui AppStore, ataupun sekiranya sedia menggunakannya, boleh mengemaskini dengan senang dan pantas, dan mula menggunakan fungsi baru yang didatangkan ini.


MySeni - Laman Rujukan Pencinta Teater, Seni Dan Budaya
BlackBerry Messenger Baru Bakal Mengintegrasikan Fungsi Sosial FourSquare
Twitter Memperkenalkan Galleri Khas Untuk Gambar Yang Dimuat-Naik Oleh Pengguna
Faces.my Disahkan Pelancarannya Pada Bulan November - Pada 11-11-11
Tagged Mengambil-Alih Laman Sosial Hi5

4 Komen

  1. Ikmal Redza pada 17 Aug 2011

    Dah uninstall app dia kat Android pasal tak guna pun. Tengok update baru untuk Android lepas tu baru decide nak install balik ke tak.

  2. Mayang Abadi pada 17 Aug 2011

    untuk nokia ada? symbian?

  3. yapompiow pada 17 Aug 2011

    dh mcm web foursquare dh :D

  4. Is Levis pada 17 Aug 2011

    makin canggih dah 4sq ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader