09Aug

Aplikasi Google+ Kini Turut Menyokong iPod Touch Dan iPad

Google

Setelah memperkenalkan aplikasi Google+ untuk iPhone, kini Google turut sama mengemaskini aplikasi mereka untuk turut sama menyokong beberapa aplikasi iOS yang lain, iaitu termasuk iPod Touch dan juga iPad. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah dioptimasikan sepenuhnya untuk iPad buat masa ini.

Walaupun pengguna iPod Touch mendapat antaramuka dan pengalaman penggunaan yang serupa seperti pengguna iPhone, pengguna iPad pula hanya mendapat menggunakan aplikasi yang serupa, dimana antaramukanya diperbesarkan dua kali ganda seperti beberapa aplikasi yang lain. Walaubagaimanapun, percubaan kami memuat-turunnya sebentar tadi gagal. Berkemungkinan tidak menyokong pengguna Malaysia buat masa ini.

Mungkin juga Google akan memperkenalkan aplikasi yang dioptimasikan untuk iPad tidak lama lagi. Namun tiada berita mengenainya buat masa ini. Selain daripada itu, Google juga diperkatakan bakal memperkenalkan aplikasi Google+ yang dioptimasikan untuk Windows Phone tidak lama lagi.


Google Reader Memperkenalkan Rekabentuk Baharu
Lihat Inbox GMail Anda Ketika Sedang Loading
Carian Masa Nyata Perlawanan Bola Sepak Di Google
GMail Membolehkan Fail ZIP dan RAR Terus Dibuka Melalui Pelayar Web
Google Docs Turut Sama Memperkenalkan Sokongan Luar-Talian

8 Komen

  1. Hyuuga pada 09 Aug 2011

    da bleh try kt ipod touch ar pasni…

  2. Saiful pada 09 Aug 2011

    kt malaysia store x de lg, huhu

  3. Dik Mie pada 09 Aug 2011

    jailbreak jer :)

  4. Hati Batu pada 09 Aug 2011

    tak mustahil dgn google….mcm2 dah diorang buat :)

  5. BerLioS pada 09 Aug 2011

    Aku da dload td dr AppStore US. Tuka ja dari AppStore MY ke US, x susah pon. App dia x optimize utk iPad. Tp aku guna FullForce (JB dload dr Cydia) app ni jadi sbijik mcm utk iPad pnya.

  6. anazhd pada 09 Aug 2011

    oyeah oyeah sentap dengan @tekong . #ipad

  7. Affuan pada 09 Aug 2011

    Dapat je aku download dari Installous. Try cek balik. ;-)

  8. kss pada 10 Aug 2011

    sedang menunggu!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader