11Aug

Asus Padfone Akan Membawakan Android Ice Cream Sandwich

Gajet

Setelah memperkenalkan Asus Padfone yang mana membawakan gabungan tablet dan juga telefon pintar pada bulan Mei yang lepas, kini Asus mengesahkan yang mana mereka akan menjualnya bermula penghujung tahun ini ataupun awal 2012, dan ianya bakal menggunakan Android Ice Cream Sandwich padanya.

Menurut Asus, mereka memilih Ice Cream Sandwich memandangkan ianya boleh diintegrasikan dengan pelbagai platform dengan lebih baik lagi berbanding versi sekarang ini. Sebelum ini, pada bulan Mei yang lepas, Asus memperkenalkan PadFone, yang mana membawakan tablet 10.1-inch dan juga 4.3-inch menggunakan Android pada kedua-duanya. Selain daripada itu, menariknya, apabila kedua-duanya digabungkan, ianya membawakan jangka hayat bateri yang lebih lama, sekaligus memudahkan pengguna menggunakannya.

Harga dan bilakah Asus Padfone akan tiba di Malaysia masih lagi tidak diketahui buat masa ini.


Maxis Dan HTC Akan Memperkenalkan Desire S Tidak Lama Lagi
DiGi Mula Menawarkan BlackBerry Torch 9810 Pada Harga Serendah RM1249
Taylor's College Memperlihatkan Dua Aplikasi Android - Fthat Dan LocalDeals
Gambar Yang Diperkatakan Sebagai Galaxy S3 Mula Kelihatan
RIM Melesenkan Teknologi Daripada Scalado Untuk Fungsi Kamera BlackBerry 10

10 Komen

  1. syafiq kamil pada 11 Aug 2011

    Wow ! menarik benor konsep ASUS bawak ni… gadjet dalam gadjet.

  2. Rasul pada 11 Aug 2011

    wowwww…. terkezut aku… integrated punya phone ngan padnya…

  3. Blangkat Ahmad Basimin pada 11 Aug 2011

    asus pad tak leh berfungsi tanpa fon. casing besau punya

  4. IkmalRedza pada 11 Aug 2011

    Phone dia memang smart. Adakah ini Nexus Prime?

  5. Beburung pada 11 Aug 2011

    Kurang berminat dengan konsep 2 gajet 1 “otak” mcm Atrix (cucuk webtop) ngan PadFone (masuk dalam slot) ni, sebab agak cumbersome kalau nak buat connection physically. Lagipun slot dia tu risau gak makin lama makin longgar kot.

    BlackBerry Bridge (BB Playbook) ngan Touch To Share (HP Touch Pad) lebih intuitif.

  6. syafi3 pada 11 Aug 2011

    haah btul tu

  7. Fairuz Sulaiman pada 11 Aug 2011

    Perghhhh kalau macam ni rasa serba salah nak beli Ipad ke Galaxy Tab ke… bersaing maut la

  8. syafi3 pada 12 Aug 2011

    haah

  9. rizuani pada 12 Aug 2011

    wah mcm berangan sangat si asus ni buat gadget..kalau bole nak semua dalam satu..tapi dorang ni terbalik sket, hahahah tgk dlm video pun tunjuk out of battery, so maknanya most of android devices makan battery terlebih…so apa lagi…kena la solve dulu problem2 tu…

  10. matjoe pada 12 Aug 2011

    idea yg bagus. time holiday season akan keluar. x sabar nk tunggu final product


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader