Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya dunia e-perniagaan di Malaysia akan terus berkembang luas, dimana selain daripada Mudah.my, dan Mau.my, kini yang baru bakal dilancarkan adalah Banding.my yang mana dilihat secara kasarnya membawakan konsep yang lebih kurang sama, dan bakal dilancarkan sekitar Oktober atau November kelak.

Buat masa ini, info berkaitan dengan perkhidmatan baru ini masih lagi samar-samar, malah laman web rasminya juga masih belum aktif lagi. Menurut pembangunnya, mereka akan memperkenalkan antaramuka dan penggunaan laman web yang mudah dan ringkas, sekaligus pada masa yang sama memudahkan para pengguna menggunakan laman mereka.
Mungkin kami akan cuba mendapatkan lebih banyak info berkaitan dengan Banding.my tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan pelancarannya tidak lama lagi.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
persaingan itu bagus. mudah.my itu kadang2 lagging gak
Makin banyak lah lepas ni yang ada .my
Mudah.my byk scammer la..
kawan aku pernah tenampak ads jual tubuh di mudah.my… ish, macam mana boleh terlepas. bukannya auto approve pun.
Dah macam cendawan dah kaman perniagaan internet dari Malaysia. Semakin meriah. Teruskan, yeah.
menarik, sekurang2 byk tempat kita boleh cari. hehehe