Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin semua penduduk Malaysia telah pun mengenali jenama kasut terkemuka Bata. Tetapi, tahukah anda yang mana kini Bata turut sama membawa perniagaan mereka ke arena atas-talian, dimana kini para pengguna di seluruh Malaysia boleh membuat tempahan kasut terus daripada halaman rasmi Bata, dan mendapatkannya terus dirumah anda secara percuma.

Melalui halaman rasmi Bata Malaysia, kini para pengguna boleh terus memilih kasut kegemaran dengan mudah dan pantas, dan seterusnya membuat tempahan dan bayaran terus melaluinya. Dan menariknya, penghantaran kasut juga ditanggung sepenuhnya oleh pihak Bata, sekaligus memudahkan para pengguna membuat belian terus melalui komputer mereka dari rumah.
Selain daripada Bata, Kamdar turut menyediakan perkhidmatan yang lebih kurang serupa, dan begitu juga beberapa nama besar yang lain. Dan kalau trend ini diteruskan, berkemungkinan kita akan dapat membuat belian pakaian dan aksesori dengan mudah, terus melalui kaca monitor kita. Menarik bukan?
Tips awal daripada @RotiKaya
34 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Think Zappos!
semakin maju Bata nie… ingt lagi zaman skolah kasut bata tapak merah… -..-”
carding :3
bata ni memang hebat..tgk la..http://www.bata.fr/ and the rest of the world pun ada bata..
wah…lebih memudahkan pembeli. best2!
dulu masa sekolah, selalu beli kasut sekolah dengan bata. ^___^
shopping!!
gettin better
aku sampai skrg masih lagi pakai kasut bata…
tahniah yer bata..
terbaik
hehhe dasat…. butik pun dah ada. dulu beli kt kedai runcit je
Saya suka Bata. Saya mesti pilih
hurm… pesal mulut aku asyik tersebut beta lak ni..
terbaik la.. even rumah aku dekat dengan kilang, tapi online nyer ni mmg penambahbaikan yang sgt bagus.. nak try la 1 day, silap2 pak guard yang hantar kasut kat rumah ku
owh..bestnya
sebab saiz utk kasut BATA tak pening pala nak fikir
sebab memang pelanggan tetap..jadi saiz tu dah tetap
nak pergi soping jap
HAHAHHAA.
Amboi kemain lagi terus nak shopping on9
pandai amek peluang bata ni hohoho nak dekat raya ni bagus..
wah, makin maju bata ni..
waaaaa… tak perlu risau lagi jika sliper anda hilang.. odasaja..
teknologi sekarang di hujung jari je..
Ap lagi jom beli kasut
tapi jika size salah dan tak dapat pakai, bagaimana?
bagus2 bata.lepas nih sng nak beli tak susah2 gi kedai bata cari paking lagi.+1
this is good trend. this is good trend for ecommerce scene.
zaman2 sekolah dulu Bata la menjadi pilihan mak aku untuk membeli kasut sekolah aku & adik2
Nice, gonna buy new school shoes for the next year
fuhh, sempena raya gamaknya…hahaa
kasut bata ni kena try gk. kdg2 pakai skjp je dah putus. pernah pakai xsampai beberapa jam dh putus. terus hantar tukar balik kt kedai. huhu
Pergh..kamdar pun ade gak..
Lepas ni duduk rumah je pun boleh beli kasut. Hoho
time skolah dlu pemes gle kasut bata.
eden nak torai ni!
Bata-high quality
Saya takada buat komen, saya cuma nak ucapkan taniah kerana Bata semakin berkembang & maju kehadapan, jika perlu Bata menta bantuan segra pada saya, saya bersedia berkerja sama kerana saya ada pengalaman dibidang tersebut selama 30 tahin, pengalaman pertama berkerja di kilang Bata di klang selama 10 tahun, dan dikilang Marco shoe Industerial Sdn Bhd pendamaran Port klang selama 10 tahun, sebagai penyelia dan Controllorlia di kilang Kaslan KMI Sdn Bhd.Sale Eksekutif (Pengurus Jualan) 10 tahun jualan melebihi 20 juta di semua di jabatan kerajaan malaysia.