25Aug

BBM Music Diumumkan – Di Malaysia Dalam Masa Beberapa Bulan Lagi

Gajet, Perisian

Seperti mana yang pernah diperkatakan sebelum ini, hari ini akhirnya pihak Research In Motion sendiri secara rasminya telah mengumumkan perkhidmatan terbaru mereka sebagai tambahan untuk perkhidmatan BlackBerry Messenger, iaitu BBM Music.

BBM Music secara ringkasnya merupakan salah satu perkhidmatan muzik berasaskan awan yang membolehkan para pengguna berkongsi lagu-lagu mereka secara sosial bersama-sama dengan rakan-rakan BBM mereka yang lain dengan mudah, dimana bilangan lagu anda akan bertambah apabila anda kongsikannya dengan lebih ramai rakan-rakan lain.

Bagi memulakannya, para pengguna boleh membina profail mereka tersendiri dengan lebih 50 lagu kegemaran pada harga $4.99 sebulan. Setiap penambahan rakan BBM Music akan memberikan akses kepada lagu-lagu pilihan rakan anda juga, dan menambah koleksi lagu-lagu anda sendiri. Pada masa yang sama, BBM Music juga menyimpan lagu di kad SD anda dalam bentuk cache untuk dimainkan ketika tiada talian internet.

Pihak RIM dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan BBM Music ini di Malaysia tidak lama lagi di Malaysia pada langganan $4.99 sebulan.


Microsoft Bakal Memperkenalkan Morro Versi Beta
Mozilla Thunderbird 3 Di Lepaskan
Samsung Galaxy R Bakal Hadir Ke Asia Tenggara Tidak Lama Lagi
Firefox 10 Bakal Membawakan Fungsi Kemaskini Automatik Umpama Chrome
S-Voice Kini Sedia Untuk Diuji Pada Peranti Android 4.0 ICS Anda

5 Komen

  1. anazhd pada 25 Aug 2011

    Ohsem ! <3

  2. Jibam pada 25 Aug 2011

    5 ringgit ke 5 dollar?

    • Aman pada 25 Aug 2011

      dollar. mungkin nanti diorang perkenalkan harga khas untuk pengguna tempatan.

  3. Hazriq Ishak pada 26 Aug 2011

    aku pengguna bb, tapi…. entahlah.

  4. cuncun pada 26 Aug 2011

    Best !


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader