10Aug

Bit.ly Mengambil-Alih TwitterFeed

Web 2.0

Mungkin semua sedia kenali akan peringkat URL popular, iaitu Bit.ly. Hari ini, mereka mengumumkan pengambil-alihan TwitterFeed, yang mana menyediakan perkhidmatan untuk menghantar kemaskini daripada RSS ke akaun Twitter dengan mudah. Harga pembelian dan pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.

Menurut pihak Bit.ly, dengan pengambil-alihan TwitterFeed, mereka akan membawakan fungsi perkongsian yang terdapat pada TwitterFeed pada Bit.ly, sekaligus, memudahkan para pengguna Bit.ly untuk berkongsi pautan, serta pada masa yang sama mendapatkan maklumat dan data perkongsian melalui URL mereka itu.

Mungkin dalam beberapa minggu lagi, kita akan dapat melihat perkembangan pada kedua-dua laman ini. Ianya juga tidak diketahui samada adakah TwitterFeed akan terus menyokong peringkas URL pihak ketiga ataupun sebaliknya.


Twitter Menguji Iklan Pada Aliran Tweet
Twitter Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Perkongsian Gambar Tersendiri?
(Ura-Ura) CouponHouz Diambil-Alih Syarikat Australia?
Ingin Mengetahui Lokasi Pasar Malam Berdekatan? Kini, Ada Aplikasi Untuknya
Maybank Membawakan Sokongan Perbankan Melalui USSD

4 Komen

  1. mancai pada 10 Aug 2011

    huhuhu sekurang2nya dapat juga membantu selepas ini… sama2 kita tunggu dan lihat…

  2. shahrul pada 10 Aug 2011

    dulu guna twitter kt pc terkial2 nak guna. skang ubersocial automatik je semua :D

  3. Twit N View pada 10 Aug 2011

    bagus ni bila ada campuran 2 benda atau lebih menjadi satu…

  4. Hafaisy pada 10 Aug 2011

    ingatkan adf.ly tadi hahaha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader