21Aug

BlackBerry AppWorld 3.0 Bakal Dilancarkan Untuk Semua Minggu Depan

Gajet, Perisian

Ingatkah lagi dengan BlackBerry AppWorld 3.0 yang dilepaskan pada saluran beta baru-baru ini? Kini nampaknya RIM telah pun bersedia untuk melancarkannya, dan kini diperkatakan yang mana BlackBerry AppWorld 3.0 itu bakal diperkenalkan kepada para pengguna BlackBerry pada 22 Ogos ini (23 Ogos waktu tempatan?).

Melalui BlackBerry AppWorld 3.0, RIM membawakan perubahan drastik dari segi kepenggunaan dan juga antaramuka aplikasi tersebut, dimana kini aplikasi turut disusun mengikut kategori seperti Aplikasi, Permainan, dan juga Tema, dimana melaluinya ianya kini lebih memudahkan pengguna untuk mencari dan memuat-turun sesuatu aplikasi.

Sama seperti beberapa aplikasi baru yang lain, BlackBerry AppWorld 3.0 turut sama mengintegrasikan sokongan BBM padanya, memudahkan para pengguna berkongsi sesuatu perkara bersama yang lain.

Bagi yang ingin mencubanya terlebih dahulu, boleh memuat-turunnya daripada Beta Zone, ataupun tunggu sehingga minggu hadapan untuk memuat-turunnya dengan mudah. Sama-sama kita nantikannya.


Pemain Video Sumber Terbuka - Miro 2.0 Di Lepaskan
BlackBerry Akan Menyokong Aplikasi Android?
Firefox UX Membolehkan Para Pengguna Menguji Rekabentuk Antaramuka Pelayar Web Yang Baru
DiGi Menawarkan Nokia Lumia 800 Bermula RM1099
(Video) Mengapa iPad Masih Kekal Sebagai Tablet Pilihan Utama Pengguna?

5 Komen

  1. anazhd pada 21 Aug 2011

    w00t! nice nice. harap2 lebih baik dari v1 dan v2. slow respond.

  2. Ismail pada 21 Aug 2011

    interesting ;)

  3. Hasra pada 21 Aug 2011

    cool…

  4. shahrul pada 22 Aug 2011

    tak lama dah

  5. jyundoo pada 22 Aug 2011

    wahh, dah nak ada yang versi baru dah yer, rasanya baru update dalam bulan ni da latest version


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader