05Aug

BlackBerry AppWorld 3.0 Diperkenalkan Kepada Pengguna Beta Zone

Gajet, Perisian

Nampaknya kini Research In Motion, sedikit demi sedikit menolak jenama mereka kembali, dimana setelah memperkenalkan lima peranti baru bersama-sama dengan BlackBerry OS 7 pada awal minggu ini, kini mereka turut sama mengumumkan BlackBerry App World 3.0 Beta kepada para pengguna mereka.

Bagi yang tidak kenali akan BlackBerry AppWorld, ianya merupakan salah satu aplikasi utama yang terdapat didalam peranti BlackBerry, membolehkan para pengguna untuk memuat-turun dan membeli aplikasi padanya, sama seperti Apple AppStore dan juga Android Market pada platform masing-masing.

Menariknya mengenai AppWorld 3.0 Beta ini adalah dimana ianya membawakan perubahan drastik dari segi antaramuknya, serta penambahan baru padanya, termasuk beberapa saluran baru, iaitu Applikasi, Permainan dan juga Tema sekaligus membolehkan para pengguna mencari sesuatu aplikasi itu dengan lebih mudah.

Pada masa yang sama, BlackBerry AppWorld turut sama mengintegrasikan fungsi BBM padanya, membolehkan para pengguna untuk berkongsi aplikasi menarik dengan mudah bersama-sama rakan-rakan mereka melalui BBM dan juga beberapa laman sosial yang lain.

Buat masa ini, untuk menguji BlackBerry AppWorld 3.0, para pengguna perlu berdaftar dengan BlackBerry Beta Zone yang hanya dibuka kepada beberapa buah negara sahaja, termasuk Malaysia.


Muat-Turun Firefox 3.5 Menjangkau 2 Juta Kali
Teknologi dan Internet Sepanjang Tahun 2009
Iklan Pertama Produk Baru P1-Intel Kelihatan
Cukai Jualan Telefon Bimbit Di Malaysia Di Mansuhkan
Desire S Dan WildFire S Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

9 Komen

  1. brobard pada 05 Aug 2011

    terbaek r BB~!!

  2. ali mamak pada 06 Aug 2011

    bagus la cam2…
    xde orang jemu sgt nti

  3. kazuya87 pada 06 Aug 2011

    dengan pantas gua download. hahaha

  4. Mohd Azhar pada 06 Aug 2011

    kena tukar BB set baru la ni.. huhuhu

  5. inblur86 pada 06 Aug 2011

    contents ok …tapi interface mcm buruk skit…

  6. eza pada 06 Aug 2011

    best2 :) )

  7. Liyana Ahmad pada 06 Aug 2011

    terbaik!!

  8. bizkut pada 06 Aug 2011

    Untuk memudahkan anda download OTA, boleh pakai QR url. Copy url https://www.blackberry.com/beta/downloads/view/734/2702 ke http://qrcode.kaywa.com/ dan boleh scan di BB menggunakan app Barcode dari app world. :)

  9. nash pada 06 Aug 2011

    bakal memiliki blackberry :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader