Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Research In Motion sebelum ini telah pun mengumumkan dan melancarkan beberapa peranti yang menggunakan BlackBerry OS 7, dan kini ura-ura awal memperkatakan yang mana pihak BlackBerry berkemungkinan akan melancarkan BlackBerry Bold 9900 ataupun yang turut dikenali sebagai Bold Touch di Malaysia pada 23 Ogos kelak.

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dapat disahkan sepenuhnya buat masa ini. Dan sekiranya ianya benar, maka berkemungkinan kita akan dapat melihat peranti Bold Touch ini mula dijual di kedai-kedai seluruh negara seawal 24 Ogos kelak. Harganya turut diperkatakan adalah dibawah RM2200.
Berkemungkinan besar, beberapa syarikat telekomunikasi tempatan turut akan menawarkannya kepada para pelanggan mereka bersama-sama dengan pelbagai pakej menarik.

16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
byk la RIM kuarkan model br..
tergugat ngan HTC n iphone kot..
dpt free best ler..kih3
x sabar ni!!! hehe
Bold Touch. screen kecik tapi boleh touchscreen. hmm. next!
wah wah~
Mari raikan di bulan kemerdekaan dan bulan Ramadhan.
bila bb torch baru nak masuk Msia?
baru angkat bold 3 :3 .. bold 4 thun dpn bru angkat bebehh
terbaik dari ladang!!
Digalakkan membeli untuk pengguna baru bb, atau pengguna bb lama seperti bold1.. Tapi harga patut bawah rm2k.. Kalau tak cemane nak lawan smartphone lain cam Galaxy S2..
saat yg ditunggu² kan..
jom kita beli…
aku tunggu iphone 5 jugak..
iPhone jgak trbaek..
pening… pening….
Sgt d nantkan oleh penggemar Blackberry Malaysia…