Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada Celcom yang telah pun memperlihatkan pakej tawaran mereka untuk BlackBerry Bold 9900, kini lagi satu syarikat telekomunikasi tempatan, iaitu DiGi bakal mula menawarkan peranti tersebut. Walaubagaimanapun, buat masa ini, mereka menawarkan kepada yang telah mendaftarkan minta terlebih dahulu, untuk mendapatkannya seawal 29 Ogos ini.

Ianya tidak diketahui bilakah mereka akan menawarkan BlackBerry Bold 9900 kepada pengguna lain, dan pakej yang ditawarkan masih lagi tidak diketahui. Tetapi seperti apa yang boleh disasarkan adalah yang mana mereka akan menawarkannya bersama-sama dengan pakej DG Smart Plan berharga RM68 sebulan.
Harga peranti yang ditawarkan juga masih tidak diketahui buat masa ini. Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak maklumat berkaitan dengan BlackBerry Bold 9900 kelak selepas ianya mula dijual pada 29 Ogos ini.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kebiasaanya offer Digi lebih affordable dan menarik
betul2..sangat setuju..tapi,kan best kalau harga dia lagi murah.hehe
I’m one of them! monday ni pergi ambil! rasmikan dulu unpack
dah kurang brminat ngan phone, lbh brminat dgn tablet pc..
Menarik juga tawaran dari Digi ni
confirm menarik nie!
fuh. semalam baru pergi Plaza Alam Sentral. dah ade Bold Touch ni. harga rm2100. fuh. geram betol. dah terngiang-ngiang kat tangan.
ape best nye dengan semua model blackberry ni?
sorry la, aku tak paham. yg aku tau, yg best nye blackberry ni, sbb ade BBM je.
selain tu? browser pun lembap, bateri pun cepat habis.
store nye pun tak byk mane pun.
baik gune Nokia… macam2 boleh buat.
at least store lebih byk, bateri lebih tahan.
siap ade GPS navigation free lagi.