19Aug

BlackBerry Bold 9900 Bakal Dilancarkan Dan Dijual Pada 15 September Di Malaysia

Gajet

Hari ini, secara rasminya Research In Motion telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan dan mulakan jualan BlackBerry Bold 9900 di Malaysia pada 15 September kelak, dan boleh didapati melalui tiga syarikat telekomunikasi utama, iaitu Maxis, DiGi dan juga Celcom.

BlackBerry Bold 9900

Buat masa ini, Maxis dan DiGi telah pun mulakan pendaftaran minat untuk peranti tersebut. Dan BlackBerry Malaysia sendiri telah mengumumkan yang mana mereka yang berminat boleh melakukan pendaftaran minat pada halaman rasmi mereka. Namun begitu, buat masa ini, halaman rasmi BlackBerry Bold 9900 hanya memperlihatkan pautan ke laman DiGi sahaja.

Melalui Bold 9900, ianya membawakan skrin sentuh, dan juga papan kekunci QWERTY padanya, cip pemprosesan sepantar 1.2GHz, RAM 768MB, kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman HD, sokongan NFC, dan menggunakan BlackBerry OS 7.


Maxis Mula Menawarkan HTC 7 Mozart
Nokia Mengumumkan Peranti Windows Phone Pertama - Nokia Lumia 800
(Ura-Ura) Research In Motion Sedang Mencari Pemilik Baru?
BBM Untuk Android Dan iOS Bakal Dilancarkan Pada Tahun Ini?
PlayStation Vita Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

9 Komen

  1. amri pada 19 Aug 2011

    wow,dah xlama tu..agak2 sekitar berapa harganye ya?

  2. Adam Roslan pada 19 Aug 2011

    Hari hari keluar telefon baru. Bila RIM nak sponsor untuk Amanz Rewards?

  3. Fauzi Nor pada 19 Aug 2011

    Laju betul kuarnya… ;p

  4. wan_kedah pada 19 Aug 2011

    kalaulah harga bawah dr rm1k~~~ mmg jadi pisang panas ler… sambaq~~~ jgn x sambaq…

  5. hakeem pada 19 Aug 2011

    kalau hp yg premium camni…jgn harap bwh 1000…wajib dekat 2riban nih….

  6. BulanTerkenal pada 19 Aug 2011

    aku nak sambaq!

  7. abdjabbar pada 19 Aug 2011

    Wah! terjawab juga teka-tekinya. Menunggulah telco mana yang keluarkan dahulu. Akhirnya RIM yang membuka bicara, biar syarikat telco yang lakukan kerja-kerja lain, hehehe.

  8. Ismail pada 19 Aug 2011

    menarik la plak shape bb ni… ><

  9. Amer pada 25 Aug 2011

    giler kentang!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader