02Aug

Blogger Memperkenalkan Sokongan Favicon Dan Dua Fungsi Baru

Google

Setelah lama tidak mendengar sebarang kemaskini berkaitan dengan platform Blogger, kini Google membawakan beberapa kemaskini, termasuk sokongan favicon pada Blogger, sokongan butang +1 pada halaman berasingan dan juga sokongan navigasi pada tema mudah-alih yang dipertingkatkan lagi.

Seperti semua maklum, sokongan favicon pada Blogger telah diuji melalui Blogger in Draft sebelum ini. Kini nampaknya fungsi tersebut telah bersedia sepenuhnya, dan diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia, sekaligus membolehkan mereka mengubah favicon blog dengan mudah dan senang.

Blogger Favicon

Selain sokongan favicon, Blogger juga turut sama menyokong butang +1 yang diperkenalkan kepada semua sebelum ini, pada halaman individu, selain daripada setiap artikel sebelum ini. Ianya akan muncul dan kelihatan pada halaman individu bermula hari ini secara automatik, sepertimana butang +1 untuk artikel blog diperkenalkan sebelum ini.

Salah satu fungsi menarik yang turut diperkenalkan pada Blogger adalah navigasi pada tema mudah-alih yang lebih menarik, dimana kini sekiranya para pengguna melayari blog anda menggunakan peranti mudah-alih, dan anda telah mengaktifkan sokongan tema mudah-alih, maka mereka boleh bertukar-tukar antara satu artikel ke lain dengan hanya swipe ke kiri atau kanan sahaja.

Mungkin juga Google akan memperkenalkan lebih banyak fungsi-fungsi menarik kepada para pengguna Blogger dalam masa akan datang. Sama-sama kita nantikannya.


Android "Rosie" - Masa Depan Android?
Blogger Memperkenalkan Sistem Komen Baharu
Opera 11 Akan Membawakan Fungsi Extensions
Google Kini Membolehkan Hasil Carian Diterjemah Ke Bahasa Malaysia Dengan Mudah Dan Pantas
YouTube Slam Membolehkan Anda Mengundi Video Kegemaran Anda

18 Komen

  1. asri pada 02 Aug 2011

    great!! harap blogger lebih menarik dan interaktif.

  2. topo pada 02 Aug 2011

    nice :)

  3. serol pada 02 Aug 2011

    cool, mudahkan blogger untuk tukar favicon. tak perlu guna coding mcm dulu.

    • Pisyek pada 02 Aug 2011

      setuju!!! tak pelu hack2 lagi. hahaha. :D

  4. Pacifista - X pada 02 Aug 2011

    sekarang ni nampak jugak perubahan kat draft tu…

  5. Scromix pada 02 Aug 2011

    ak rasa blogger.com makin power skrng !

  6. amoi pada 02 Aug 2011

    suka fungsi baru favicon dorang nih wehh

  7. cursefinger pada 03 Aug 2011

    bukan lama dah ke ada ?

    • Aman pada 03 Aug 2011

      sebelum ni kat Blogger in Draft seperti mana yang dinyatakan di artikel. ;)

      • Azah pada 03 Aug 2011

        baru nak komen macam cursefinger ni.. haha

    • nev pada 03 Aug 2011

      itu la pasal..da lama aku pasan menda nih

  8. Zaiman Noris pada 03 Aug 2011

    Swipe takde kata seangkatan dalam bahasa melayu?

  9. Kujie pada 03 Aug 2011

    dah cuba guna masa masih dalam blogger in draft

  10. Selina Wing pada 03 Aug 2011

    Bagus! senang guna blogger.. :D

  11. panicPReSS pada 03 Aug 2011

    cool..
    sng nak tkar pas ni..

  12. Wan Perlis pada 03 Aug 2011

    bagus sblm ni boleh buat gak tp kena guna coding

  13. eiman pada 03 Aug 2011

    sejak google amik alih blogger nampak lebih aktif update nyer..

  14. zuan pada 03 Aug 2011

    huhu bru ku tau apa itu favicon~


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader