Cari @ Amanz

Dengan pelancaran BlackBerry Bold 9900 yang disasarkan pada 15 September, semestinya ramai yang tertanya-tanya akan harga peranti tersebut. Kini menariknya, Brighstar Malaysia telah pun memperlihatkan harga peranti tersebut, dan juga BlackBerry Torch 9810 di Malaysia.

Melalui sebuah iklan yang diperlihatkan, Brighstar Malaysia memperlihatkan yang mana harga BlackBerry Bold 9900 di Malaysia adalah RM2188, manakala harga BlackBerry Torch 9810 di Malaysia adalah RM1988. Para pengguna yang berminat boleh pra-daftar untuk kedua-dua peranti tersebut di BrightStar Malaysia bermula hari ini sehingga 21 Ogos, dengan hanya meletakkan deposit sebanyak RM300.

Selain daripada Brighstar sendiri, DiGi dan Maxis turut sama telah memulakan pendaftaran minat untuk peranti BlackBerry Bold 9900. Harga yang bakal ditawarakan oleh syarikat telekomunikasi juga mungkin lebih murah, memandangkan ianya akan didatangkan bersama-sama pakej BIS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd