Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah diperlihatkan butang Start baru sebelum ini, kini Microsoft memperlihatkannya dengan lebih jelas lagi melalui video terbaru mereka, dimana melalui butang Start baru yang diperlihatkan, ianya membawakan dan menggunakan rekabentuk antaramuka Metro dengan lebih menyeluruh padanya.

Pada masa yang sama, berkemungkinan mereka turut juga akan memperkenalkan taskbar baru pada Windows 8 kelak, dimana pada bahagian kanan di desktop, ianya memperlihatkan tarikh, masa, dan juga keadaan bateri dan sambungan internet dengan lebih besar lagi.
Menu yang diperlihatkan pada butang Start juga kelihatan baru, dimana ianya menyertakan Settings, Devices, Share dan juga Search. Secara kasarnya, ianya turut memperlihatkan yang mana Windows 8 kelak akan membolehkan sokongan integrasi lebih daripada satu peranti, berkemungkinan termasuk Windows Phone dan juga Xbox Live.
Walaubagaimanapun, ianya mungkin masih pada peringkat awal, dan berkemungkinan lebih banyak perubahan akan diperkenalkan oleh Microsoft pada versi akhirnya kelak.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Serius lawa start button cmtu, minimalist style.. menu tu xmasuk la kaler hitam
yang ni lawa sikit, taklah terlalu fancy sangat macam windows 7, minimalist design, tapi nak akses program tu kena bagi lagi mudah, orang nak akses direct kat program kat start button, bukkannya akses first kat fail yang ada nama pembangun.
nampak macam nak fokus kepada search je nak cari file.. aku pun selalu guna search cepat.
ok la lawa jugak.
dah nampak tablet..hoho
cool.
kalu nak test metro theme yang gempak..boleh la guna rainmeter..
button start mcm windows XP ja…cuma kaler jer lain….