Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bersempena dengan musim perayaan, terutamanya Hari Raya Aidilfitri, kini Carrefour menjalankan sebuah peraduan ringkas melalui sebuah aplikasi khas, iaitu aplikasi WHOlah, dimana melaluinya, anda hanya perlu melakukan tekaan nama rakan-rakan anda berdasarkan gambar profail Facebook, dan memenangi pelbagai hadiah menarik melaluinya.
Melalui aplikasi WHOlah ini, para pengguna terlebih dahulu perlu menghubungkan akaun Facebook mereka, dimana seterusnya ianya akan menarik senarai nama rakan-rakan anda dan gambar mereka. Seterusnya, para pengguna akan diberikan masa selama 60 saat untuk meneka dengan tepat seberapa banyak gambar rakan-rakan anda dengan tepat, dan memenangi pelbagai hadiah menarik.
Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah keropok Twitsies, Pringles, dan juga coklat Ferrero Rocher. Untuk menebusnya, para pengguna hanya perlu ke cawangan Carrefour berdekatan, dan menebus hadiah disana. Dan memandangkan ianya adalah bersempena dengan Hari Raya, WHOlah ini hanya ditawarkan sehingga 19 September ini, dan hanya untuk pengguna iOS sahaja buat masa ini.
Jadi, apa tunggu lagi?
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Golongan yg agak sukar utk menang kalau main app ni:
i. Ramai kawan yang diadd sebab game semata-mata (farmville, mafia wars, etc)
ii. Mempunyai ramai kawan yang menggunakan nama yang bukan2 seperti “PuTeri CUte”, “JeJAKA SePi”, “GadisZ CoMeL”, etc
LMAO!
… dan orang yang tak menggunakan apple.. macam aku..
chait…
tak pernah menang apa apa kontest
nanti amanz bagi hadiah la tu…
ini xadil..nape iOS jek..
aku dah try..memang senang nak dapat kalau member tak ramai, tapi jangan lupa terms and conditions
Kena guna visa debit card kat carrefour ( Kar Foo – ala2 bunyi french)
Setiap hadiah yg nak redeem kena ada resit pembelian menggunakan visa debit card.
Kesimpulannya : Bagus kalau tengah Q panjang bole la sambil2 main game dan sambil2 la cari hadiah…
Wow Azrul Rahim. Haha. Boleh cuba lepasni.