24Aug

Celcom Bakal Menawarkan Bold 9900 Dan Torch 9810 Pada Minggu Ini?

Gajet, Telekomunikasi

Nampaknya, Celcom mungkin menjadi yang terawal untuk menawarkan peranti BlackBerry Bold 9900 dan juga BlackBerry Torch 9810 di Malaysia, apabila kini diura-ura akan yang mana Celcom berkemungkinan akan mulakan tawaran mereka seawal penghujung minggu ini kelak.

Celcom BlackBerry 7

Pada masa yang sama, MalaysianWireless turut sama memperlihatkan pakej yang bakal ditawarkan oleh Celcom, dimana BlackBerry Bold 9900 ditawarkan pada harga serendah RM1638 bersama-sama dengan pakej Celcom RM168 sebulan dengan kontrak selama 12 bulan. BlackBerry Torch 9810 pula ditawarkan oleh Celcom pada harga serendah RM1588 dengan pakej yang sama.

Untuk makluman semua, sebelum ini, Brightstar telah memperlihatkan yang mana BlackBerry Bold 9900 akan membawakan harga RM2188, manakala BlackBerry Torch 9810 akan berharga RM1988 di pasaran tempatan. Buat masa ini, masih tiada kemaskini rasmi daripada laman Celcom.


Kemaskini HTC Desire Anda Kepada Android Froyo
Pandang Pertama Samsung Galaxy Nexus
Apakah Kamera Paling Popular Di Arena Internet?
Tablet Bersaiz 13-inci - Toshiba Excite 13 Diperlihatkan
Maxis Melancarkan Loker Secara Rasmi - Menawarkan Ruangan Percuma Sebanyak 5GB

9 Komen

  1. Jibam pada 24 Aug 2011

    Tak sempat …budget untuk raya..mungkin lepas raya baru boleh sambar Torch 9810 ni..

  2. Al Hadi pada 24 Aug 2011

    Torch 9810! Tapi kena beli lepas raya nampaknya.

  3. Pacifista - X pada 24 Aug 2011

    menggoda la bulan2 puasa ni.huhu…

  4. WanShamz pada 24 Aug 2011

    torch 9810 <3

  5. Ismail pada 24 Aug 2011

    <3 bold 9900

  6. Dik Mie pada 24 Aug 2011

    hmmm tak banyak sgt beza kalu dpt kurang 1000 kan best.. hehehe

  7. BulanTerkenal pada 24 Aug 2011

    GULP!MAHAL

  8. yapompiow pada 24 Aug 2011

    hahaha.. terkejut den! tgk harga.

  9. Hasra pada 25 Aug 2011

    puasakan diri anda daripada perbelanjaan yg sia-sia…. tapi jika memang dah budget, nak buat camana… beli je la…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader