10Aug

ChurpChurp Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru Laman

Web 2.0

ChurpChurp baru-baru ini telah pun menyambut ulang-tahun yang ke-2 mereka, dan mungkin bersempena dengan itu, kini ChurpChurp bakal memperkenalkan antaramuka baru pada laman mereka. Buat masa ini, laman mereka memperlihatkan mesej akan datang, dan mungkin ianya akan diperkenalkan dalam masa beberapa jam lagi.

Seperti semua sedia maklum, ChurpChurp merupakan salah satu anak syarikat daripada pembangun disebalik Nuffnang, yang mana membawakan pengiklanan melalui media sosial, termasuk Facebook dan juga Twitter. Buat masa ini, kiraan dilakukan melalui klik, dan dibayar mengikut setiap klik yang dibawa oleh perkongsian URL.

Mungkin bersama-sama dengan pelancaran antaramuka dan rekabentuk baru kelak, mungkin beberapa perkara lain akan turut sama diumumkan oleh ChurpChurp. Sama-sama kita nantikannya.

Tips awal daripada Anzury


Gumuu Kini Memperkenalkan Fungsi Komen
Aplikasi Facebook Untuk iPad Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Tikam.me Dijenamakan Semula Menjadi Tickade.com
Twitter Kini Mempunyai Lebih Daripada 140 Juta Pengguna Aktif
Aplikasi MyTeksi Untuk iPhone Dilancarkan Secara Rasmi

2 Komen

  1. Azizwan pada 10 Aug 2011

    tak sabar aku nak tgk antaramuka baru churp2 tu.. harap lebih cun.. hohoho..

  2. Kalamhati pada 10 Aug 2011

    Tu la..td nak masuk..tekezut tgk mata kuyu cik cute tu..hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader