04Aug

Permainan CIMB Octo Explorer Dilancarkan Untuk Android Dan iOS

e-Permainan

Selain mengeluarkan aplikasi rasmi CIMB, kini CIMB Group bersama-sama dengan Terato Tech memperkenalkan permainan kasual yang dipanggil The Octo Explorer untuk para pengguna Android dan juga iOS. Menariknya adalah ianya boleh dimuat-turun secara percuma, dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk bermain.

Permainan kasual Octo Explorer ini memfokuskan kepada watak utamanya yang mana juga merupakan salah satu maskot untuk CIMBClicks, iaitu Octo. Para pemain dihidangkan dengan tiga peringkat berbeza, iaitu di lautan, awan, dan juga angkasa lepas. Watak Octo pada permainan tersebut boleh dikawal dengan mudah dengan hanya mengerakkan peranti ke kiri dan kekanan.

Selain daripada itu, ianya turut diintegrasikan dengan fungsi sosial untuk membolehkan pemain berkongsi melalui Twitter dan Facebook. Para pemain yang berminat boleh memuat-turun Octo Explorer ini secara percuma terus melalui Android Market ataupun Apple AppStore, dan mula bermain hari ini.


Kini, Lebih 1 Juta Pengguna Twitter Malaysia
Angry Birds Versi Facebook Hanya Akan Dilancarkan Pada Bulan Mei?
Celcom Memperkenalkan Perkhidmatan Jalur-Lebar Mudah-Alih Instanet
ShoutMix Memasuki Versi Ketiga - Turut Menyertakan Sokongan Bahasa Malaysia Dan Indonesia
Mari Sertai Dialog Industri Kreatif MSC Malaysia 2011 Pada Minggu Hadapan

6 Komen

  1. EddyGeek pada 04 Aug 2011

    boleh tahan, konsep macam HyperJump je. kena muat turun ni.

  2. Janjang pada 04 Aug 2011

    cambes.. bole lyn kot.. tp sy gune symbian hm…

  3. zerous pada 04 Aug 2011

    kalau main game ni blh dapat octo point lagi besh

    • fauzifatah pada 04 Aug 2011

      kalau dpt octopoint cepat la barang2 tu boleh redeem. haha

  4. din je pada 05 Aug 2011

    ad hadiah x??

    • Teratoman pada 05 Aug 2011

      Err, hadiah? Game ni percuma, kira mcm hadiah juga kot?

      Tak tahula kalau2 CIMB nak update sesuatu dlm masa terdekat ni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader