27Aug

DiGi Bakal Menawarkan Nokia N9 Untuk Penggunanya?

Gajet, Telekomunikasi

Selain daripada pelancaran HTC Evo 3D dan tawaran BlackBerry Bold 9900 oleh DiGi, kini kedengaran ura-ura awal memperkatakan yang mana DiGi bakal menawarkan Nokia N9 apabila ianya dilancarkan kelak dengan pakej khas daripada DiGi Smart Plan. Walaubagaimanapun, tarikh pelancaran dan harganya masih tidak diketahui buat masa ini.

Nokia N9 merupakan salah satu peranti baru dan pertama daripada Nokia yang menggunakan sistem operasi MeeGo. Sehingga kini, ianya telah menerima pelbagai ulasan yang baik daripada mereka yang telah dapat mengujinya ketika acara pra-lihat tempoh hari.

Di Malaysia, Nokia N9 disasarkan untuk pelancaran pada bulan hadapan, dan harganya dianggarkan dibawah RM2000. Sama-sama kita nantikan pelbagai berita lanjut mengenai Nokia N9 dengan hampirnya bulan September ini.


Jolicloud Bakal Memperkenalkan Netbook Sosial?
Maxis Bakal Menawarkan HTC Flyer Pada Harga RM199
P1 Bakal Memperkenalkan Peranti MiFi
(Video) Ujian Kalis Air Pada Peranti Xperia Active
Celcom Turut Sama Menawarkan HTC Sensation XE Pada Harga Serendah RM1248

10 Komen

  1. haziqfathihin pada 27 Aug 2011

    xsabar nak tgk kemunculan n9 ni…nmpk bergaya n canggih..

  2. ekspresiruang pada 27 Aug 2011

    rasanya N9 nampak lebih simple dan smart berbanding iPhone

  3. zaini pada 27 Aug 2011

    ni gempak ni!

  4. Janjang pada 27 Aug 2011

    nasib baik tak klua sebelum raya :P

  5. Hasra pada 27 Aug 2011

    duit raya aku dah bertambah nipis….

  6. androidian pada 27 Aug 2011

    N9 punya camera lebih laju tangkap gambar berbanding iPhone 4 & of course lebih laju drpd iOS & Windows Phone OS….

  7. ali mamak pada 27 Aug 2011

    ape yg special nset n9 ni..

  8. wazy pada 27 Aug 2011

    Semakin hebat dengan adanya N9 ni

  9. Mashi pada 27 Aug 2011

    Tapi satu je aku tak suka nokia ni,bagai melepaskan batuk di tangga..
    sofware hp mesti takde update

  10. msat1891 pada 02 Sep 2011

    ala ala n8 bentuknye..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader