25Aug

DiGi Kini Menawarkan HTC Evo 3D Dan HTC ChaCha

Gajet, Telekomunikasi

Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, hari ini DiGi telah pun mula menawarkan dua peranti baru dibawah pakej SmartPlan, iaitu HTC Evo 3D dan juga HTC ChaCha, dimana masing-masing ditawarkan bersama-sama pakej DiGi SmartPlan bermula RM48 sebulan dan dengan tawaran kontrak selama 12 atau 24 bulan.

Untuk HTC Evo 3D yang membawakan harga pasaran RM2199, DiGi menawarkannya pada harga serendah RM1449 dengan pakej DG Smart Plan 68 dengan kontrak selama 24 bulan. Melalui HTC Evo 3D, ianya menawarkan skrin seluas 4.3-inci dengan sokongan 3D, cip pemprosesan 1.2GHz, Android Gingerbread dengan antaramuka Sense, dan juga kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman 3D padanya.

Untuk HTC ChaCha pula, DiGi menawarkannya pada harga serendah RM499, dimana membawa penjimatan sebanyak RM600 berbanding harga asal. Melalui HTC ChaCha, ianya menggunakan platform Android dengan antaramuka Sense, kamera 5-megapixel, dan menariknya adalah ianya dikhaskan untuk Facebook, dimana didatangkan dengan sebuah butang khas Facebook dan juga widget untuk Facebook Chat.

Kedua-dua peranti ini juga boleh didapati pada harga asal tanpa sebarang kontrak perjanjian daripada pengedar rasmi HTC seluruh negara.


Maxis Menawarkan Bold 9700 Berwarna Putih
Lebih 4 Juta Nokia N8 Telah Di Keluarkan
Ujian Rangkaian Maxis Bersama Maxis MiFi E5832 Melalui Komuter
Eksklusif : Nokia N950 Diperlihatkan Dengan Lebih Dekat
Nokia Memperlihatkan Peranti Konsep Boleh Lengkung - Dikenali Kinetic

4 Komen

  1. Denim pada 25 Aug 2011

    HTC EVO 3D tu mmg unik

  2. abdjabbar pada 25 Aug 2011

    Wuhuu~ Android Army terus menyerang pasaran Malaysia.

  3. colbert pada 07 Sep 2011

    I love this phone. I might get it and keep my old Samsung Galaxy 5 tuck into the cupboard.


Trackbacks/Pingbacks

  1. HTC Evo 3D as low as RM1,499 from DiGi | SoyaCincau

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader