29Aug

DiGi Menawarkan BlackBerry Bold 9900 Pada Harga Serendah RM1399

Gajet, Telekomunikasi

Seperti mana yang dinantikan, hari ini, DiGi telah pun mengeluarkan pakej dan pelan untuk BlackBerry Bold 9900 mereka, dimana melalui pelan DG Smart Plan, para pengguna boleh mendapatkan peranti terbaru daripada BlackBerry itu pada harga serendah RM1399 dengan kontrak selama 24 bulan.

DiGi menawarkan dua bentuk pelan, iaitu Smart Plan 48 dan juga Smart Plan 68, yang mana masing-masing ditawarkan dengan tempoh selama 12 bulan dan juga 24 bulan. Walaubagaimanapun, para pengguna perlu menambah RM10 setiap bulan untuk menikmati perkhidmatan BlackBerry Internet Service.

Melalui BlackBerry Bold 9900, ianya membawakan cip pemprosesan 1.2GHz, sistem operasi BlackBerry 7 OS yang terkini, serta kamera 5 megapixel dengan sokongan rakaman 720p, serta sokongan NFC padanya.


USM Bakal Membangunkan Tablet Pendidikan Berasaskan Android
Motorola Atrix Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,999
DiGi Melancarkan Perkhidmatan Rangkaian 3G Di Labuan
UberSocial Bakal Membawakan Sokongan Integrasi BBM
HP Folio 13 Dan Envy 15 Bakal Dijual Di Malaysia Pada Pertengahan Disember Ini

5 Komen

  1. amoi pada 29 Aug 2011

    wuuu. tak mampu.

    T_T

  2. yapompiow pada 29 Aug 2011

    harga yg menarik di tawarkan.. tunggu dr maxis plak

  3. Abszeen Picco pada 29 Aug 2011

    ni yg public, yg invitation dapat bis blan free for 5month

  4. ekspresiruang pada 29 Aug 2011

    tapi sayangnya Digi agak limited reception kat area aku ni…

  5. alia pada 30 Aug 2011

    wooo kan best klau dpt ni!


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader