19Aug

Pakej Celcom Untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 Diperlihatkan

Gajet, Telekomunikasi

Kemaskini : Celcom telah mengubah pelan dengan mengantikannya bersama dengan pelan Celcom Broadband, dan bukannya Celcom Exec.

Seperti mana yang dinantikan, hari ini, Celcom bakal melancarkan pelan dan pakej untuk Samsung Galaxy Tab 10.1, dan menariknya, kini pakej tersebut sudah pun mula kelihatan pada halaman rasmi mereka, namun disembunyikan menggunakan HTML buat sementara waktu. Samsung Galaxy Tab 10.1 yang bakal ditawarkan oleh Celcom adalah versi 3G, dan berharga RM1899 dipasaran Malaysia.

Melalui pakej yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana Celcom menawarkannya pada harga bermula RM1498 dengan kontrak selama 24 bulan untuk pakej mPro, manakala pada harga RM1558 dengan kontrak bulanan selama 24 bulan untuk pakej mAdvance.

Menariknya, bersempena dengan pelancaran juga, Celcom menawarkannya pada harga yang amat murah sekali, iaitu pada harga RM999 dengan langganan perkhidmatan mereka (berkemungkinan mPro selama 24 bulan). Pada masa yang sama, mereka turut sama menyediakan sebanyak 20 tablet bertuah kepada pelanggan mereka, dimana mereka boleh mendapatkannya pada harga serendah RM99 sahaja. Celcom turut sama menyediakan hadiah tambahan khas untuk pembeli Galaxy Tab daripada mereka pada hari tersebut.

Kemaskini : Celcom telah mengubah pelan dengan mengantikannya bersama dengan pelan Celcom Broadband, dan bukannya Celcom Exec.

Celcom Galaxy Tab


P1 Kini Membangunkan Pusat Jalur Lebar Komuniti WiMAX
Celcom Memperkenalkan Pelan iPhone Untuk Individu
BlackBerry AppWorld 3.0 Bakal Dilancarkan Untuk Semua Minggu Depan
TM : Cukai Perkhidmatan 6% Telah Diperkenalkan Sejak Januari 2011
Nokia Memperkenalkan Kemaskini Nokia Belle Bermula Dari Hari Ini

22 Komen

  1. budakudm pada 19 Aug 2011

    promosi yg menarik…kalau jd 1st 300 cstomer dpt..999 + 300 (upfront payment)=1299…murah tu….btul x?tp xtau la kntrak dia brp bulan…..myb 24 mnth…;-(

  2. khalil pada 19 Aug 2011

    man, yg upfront tu, 1598 – 300 ke , atau sebenarnya kene bayar 1598+300 ?

    • budakudm pada 19 Aug 2011

      1598+300=1898…pastu tiap2 bulan dia kasi rebate 25 selama 12 bulan…klau salah hrap btlkn…;-)

      • saifoo pada 04 Sep 2011

        memang betul pun pakej celcom camtu.banyak sangat cash2 yg mengarut.dah tu
        pulak harge lagi tinggi dari ambik cash . lebih baik
        beli cash… price baru 1699. tak yah
        ada pape ikat kontrak ngan mana2 brodband…huhuhu
        jiwa tenang….. :-)

    • Kaixer pada 19 Aug 2011

      rasanya jadi RM1898 la kan? Aku tak pernah beli pakej2 mcm ni, mcm tak bagus je hutang2 berkontrak ni.

      Baik beli seketul teros tanpa ape2 pakej. Pastu sebat digi BB, tak puas hati boleh terminate je lepas 2 3 hari. haha. :D

  3. rakyatMsia pada 19 Aug 2011

    upfront tu kena bayar extra rm300 masa register, tapi tiap2 bulan nanti dia deduct semula bil (tolak rm25 sebulan dari bil)

  4. mohd azizul pada 19 Aug 2011

    pergh. mmg murah, x lepas la aq nak pergi sana,…. ada di terengganu… bile la nak buat premier launch kat tempat len

  5. Ikmal Redza pada 19 Aug 2011

    Harga Tab 10.1 tu memang sedang elok dah tu. Tak cecah 2k untuk model 3G. Tak perlu tunggu launch pun takpe, beli je kat kedai Samsong lain hari, mungkin lepas dapat gaji atau lepas raya.

  6. chidori pada 19 Aug 2011

    bawah 2k kira ok la nihh

  7. reezluv pada 19 Aug 2011

    rasa mcm nak amek satu jek..:P

  8. cursefinger pada 19 Aug 2011

    terbaik dari ladang samsung!

  9. KambingBek2 pada 19 Aug 2011

    Sempoi arh!!! nk beli!!

  10. miizan pada 19 Aug 2011

    Nak…Nak…Nak…Nak…Nak…Nak…Nak…Nak…Nak…Nak…Nak…

  11. yapompiow pada 19 Aug 2011

    lebih baik ambil ipad

  12. sinach pada 19 Aug 2011

    this is good!tp aku mmg xminat sgt bab kontrak2 ni.sbb lebih kurg je sebenarnye kalo amik asing.x untung mana..tp offer 99hengget tu lazat sgt aaa.hadoyaii

  13. matjoe pada 19 Aug 2011

    beratur je la besok, tp off cousre harga 999 tu utk kontrak 24 bulan.

  14. budakudm pada 19 Aug 2011

    aik…celcom ubah pulak…68 n 98….tp harga xbeza mana pun klau beli tanpa kontrak..lain la klau dpt yg rm 99 tu…huhu

  15. hairullizam pada 21 Aug 2011

    memng nampk mcm menarik.. tp jgn lupa yg dibawa msuk ni hanya model 3G.. WIFI x ade.. klu model wifi + 3G hrga mahu RM2k+++..

    • budakudm pada 21 Aug 2011

      bukn 3g tu ada skali ngn wifi ke?klau yg wifi only tu baru la xda 3g

  16. Muhammadnajmi pada 21 Aug 2011

    kelmarin baru pak aku beli Galaxytab yang biasanya 16GB , kat MAXIS sekali dengan kontrak :)

  17. shariff pada 30 Mar 2012

    samsung galxy mahai nk mampuih…baik p danok lagi best…rm 80 kena ayaq tuak pun sedapppp.!!!!!


Trackbacks/Pingbacks

  1. Celcom Samsung Galaxy Tab 10.1 plans and pricing hidden in the source | SoyaCincau

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader