Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Facebook boleh diperkatakan menerima tekanan tinggi dengan pengenalan fungsi Circles pada Google+. Kini, pada hari ini, Facebook memperkenalkan beberapa perubahan pada laman sosial mereka, membawakan sokongan privasi dan perkongsian ke tahap yang tinggi lagi, membolehkan pengguna mengawal pelbagai informasi yang dikongsikan berkaitan mereka dengan lebih mudah.
Salah satu perkara baru yang diperkenalkan adalah kebolehan untuk menyemak dulu tag-tag berkaitan anda sebelum ianya diperlihatkan pada bahagian profail. Melaluinya, anda dapat mengawal lebih mudah berkaitan apa yang diperlihatkan berkaitan anda, selain pada masa yang sama, anda boleh mengawal informasi yang anda tidak ingin perlihatkan seperti gambar, video, lokasi dan sebagainya.


Selain daripada itu, anda juga kini boleh menetapkan semua informasi yang anda kongsikan samada untuk tatapan umum, rakan-rakan ataupun mengikut tetapan peribadi anda sendiri. Ianya termasuk informasi seperti nombor telefon dan sebagainya, sekaligus memudahkan dan meyakinkan anda lagi untuk berkongsi informasi melalui Facebook.

Facebook juga pada masa yang sama, kini membolehkan anda mengubah tetapan kemaskini status anda sebelum ini, membolehkan anda mengubah informasi dan kemaskini status yang pernah anda kemaskini sebelum ini dengan mudah.
Selain daripada itu, kemaskini yang diperkenalkan oleh Facebook hari ini juga membawakan sokongan lokasi yang lebih menyeluruh pada platform mereka, dimana kini ikon Facebook Places diperlihatkan pada kotak kemaskini status, lebih kurang sama seperti yang dilihatkan pada Twitter.

Fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat sepanjang minggu ini kepada semua pengguna Facebook seluruh dunia.
Tips awal daripada Tarmizi
45 Komen
Tinggalkan Komen Anda
okay. ini awesome!
mmg awesome !
BESTT..makin improve:D
ambil pengajaran dari kisah abang long myspace dan abang ngah frenster.
bkn friendster ke lahir dlu? hehehe~
okayh .. ini gempak , part yg da post then bole edit sape bole view tu best,tapi da cek,blom dpt lagi ..
terbaek la~!
ini sudah bagus
cepat2 bertindak facebook
Ini baru Facebook!
huhu pesaing besar google+
hahaha…dah gegar ngan G+ la tu…hehe ^^
+facebook :p
baru best mcm nie..
ada saingan baru best
bagus
semoga wall fb kembali bersih daripada sampah sarap…
Fb mane blh tergugat nye.. hoho
bab privasi paling pengguna risau. bagus la, kalau dah ditingkatkan lagi privasi ke tahap ini.
inilah pentingnya utk ada pesaing yg sama hebat which is google plus.
+1
nice woot!~
terbaik..
G+ lagi mudah kot nak kawal privacy.
Jadi satu kerja la pulak.
Jadi satu kerja la pulak. Patut ada satu option lg, auto approve if face recognition match dengan gambar kita.
bg aku FB still terbaik~sbb diorg byk invent sumting yg baru dalam dunia sosial networks nih~walaupun pendekatan baru nih mmg tiru G+ lah kan~hahaha
akhirnya wall akan bebas dari iklan skim cepat kaya… yay!!
thx for info
privacy la skit
cam ni baru syok, ada fight..
apa pun facebook . tingkatkan dlu security ko, anonymous kalau cakap bukan main-2. apa pa pun aku tunggu G+
Nampak dah lebih privacy sebelum ini !!
Ini sudah bagus….
goyang skit FB dgn G+. hik2
Baru la awesome FB..
Ada saingan la..
Best2..
bagus, ni lah gunanya persaingan. kalau tak, dok kat takuk lama la.. kemaskini yang sangat dinantikan
aku x dapat lagi update ni
ha.. lepas ni dah takde la nak tag produk2 bagai.
aku suka… sekurang2nya takdelah org tag sesuka hati.
terbaik lah facebook ! suka sangat dengan fungsi approve post tuu . wall takde lah semak lagi dengan tag photo birthday application yang sangat annoying . hohoho~
wooooww. cool. ni bru best
wow .. ni fungsi yang sungguh menarik
facebook terbaik!
facebook aku dh bertukar dh! yeah! terbaikk