Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam usaha untuk mendidik para pengguna dengan keselamatan dan sekuriti pada Facebook, hari ini, Facebook secara rasminya telah pun melancarkan sebuah buku digital khas, membolehkan para pengguna memuat-turun dan memahami dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan keselamatan pada Facebook.
Melaluinya, antara topik yang disentuh, termasuklah penggunaan tetapan sekuriti dengan lebih baik, mendapatkan kembali akaun yang digodam, dan melindungi akaun Facebook daripada perkara yang tidak diingini. Pada masa yang sama, ianya juga menerangkan mengapakah para pengodam inginkan akaun Facebook anda.
Mereka yang berminat boleh memuat-turun panduan ringkas setebal 20 halaman ini dalam bentuk PDF secara terus daripada laman Facebook Safety Center.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
JOM lindungi akaun Facebook anda!
bagus. kesedaran civik daripada FB
bagus ada panduan camni sekurang-kurangnya boleh selamatkan apa yg patut…
Facebook dah sedia nak hadapi Anonymous 5 November ni?
bagus gak benda ni..
sampai kuar buku. LOL!
copy edit paste, nanti ada la orang amek kesempatan jual e-book ‘Tingkatkan Keselamatan dan Sekuriti Facebook Anda’ lol
Sekurang2nye facebook pun concern jugak kat users die..sekarang nie bgantung pada users cmane nak protect page die dari kena hack
terbaek la….memudahkan user la mcm ni..
Very usefull information. Now i can protec my Facebook account. Thx a lot