02Aug

Facebook Tidak Lagi Memperlihatkan Peranti Yang Digunakan Untuk Kemaskini?

Web 2.0

Ianya kini tidak diketahui mengapa, tetapi setiap kemaskini Facebook yang dilakukan melalui telefon pintar iPhone ataupun Android, hanya ditulis sebagai “via Mobile” dan bukannya ditulis sebagai “via iPhone” ataupun “via Android” seperti sebelum-sebelum ini.

Perkara ini, turut dipersoalkan oleh para pengguna Facebook dihalaman rasmi aplikasi iPhone dan juga Android, serta beberapa pengguna turut meluahkan perasaan marah di Twitter. Sehingga kini, pihak Facebook masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Namun begitu, beberapa pihak membuat spekulasi yang mana ianya mungkin salah satu cara untuk Facebook menjadikan aplikasi serasi di pelbagai platform, dan juga mungkin penggunaan HTML5 akan diimplementasikan tidak lama lagi. Pada masa yang sama, ada juga turut memperkatakan yang mana mungkin terdapat beberapa pepijat pada sistem Facebook, dan mungkin akan kembali pulih dalam beberapa hari lagi.

Sebelum ini, Facebook telah mengatakan yang mana mereka mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna aktif mudah-alih Facebook, yang mana dilihat mereka lebih aktif menggunakan platform tersebut berbanding pengguna yang menggunakannya melalui pelayar web desktop.

Tips awal : Faiz


Google Menderma $2 Juta Pada WikiMedia
Kini, Anda Boleh Muat-Turun Informasi Dari FB
Akaun Jenama Pada Twitter Kini Boleh Menerima DM Walaupun Tidak Mengikuti Seseorang Pengguna
Easter Egg Pada WordPress Diperlihatkan
Kartikel - Membawakan Konsep Seumpama StumbleUpon Ke Malaysia

29 Komen

  1. Loq pada 02 Aug 2011

    LOL

  2. Mashi pada 02 Aug 2011

    patutla dah takde via iphone…

  3. snazzybizarre pada 02 Aug 2011

    dislike sgt2….

  4. Mr Fathi pada 03 Aug 2011

    ada lagi je aku tgk kat news feed aku ‘via Ovi by Nokia’

  5. Farid Zenon pada 03 Aug 2011

    ahhahahahhahahahahha. kesian user tidak dapat lagi nak tayang device diorng

  6. amoi pada 03 Aug 2011

    patutlahhh dah jarang nampak budak iphone.

    hehe

  7. rizuani pada 03 Aug 2011

    nak jadikan via ‘iPhone” etc tu jadi berbayar kot…so iklan bole la bayar every mobile status bole la letak ads…hahahah – my dua sen ja…

  8. Bisyairi pada 03 Aug 2011

    hampeh punye fb.. :(

  9. epul pada 03 Aug 2011

    hampeh via nokia 3310

  10. obefiend pada 03 Aug 2011

    via my new nokia N9

    baru nak bubuh! rage

  11. brobard pada 03 Aug 2011

    seb baek wa pki bb.. huhu

  12. Hisyam pada 03 Aug 2011

    La, sape beli iphone dah takde la ye kat tepi tu via iPhone. Tak la nampak loaded sangat.

  13. phoenixstudio pada 03 Aug 2011

    hampeh..jom #opFacebook..haha
    BB je yg stay..

  14. captainLJ pada 03 Aug 2011

    xde la lps ni via public phone

  15. Dik Mie pada 03 Aug 2011

    ala xleh la menunjuk pakai phone apa lepas ni.. hehehe

  16. IzhamHasan pada 03 Aug 2011

    pesbuk skrg banyak virus oo..haha.. skrg tak dpt ar nak tunjuk device

  17. Abszeen Picco pada 03 Aug 2011

    http://abszeen.co.cc/statusvia – tak yah nak menunjuk sangat, kat sini lagi best :D

  18. Scromix pada 03 Aug 2011

    pakai status via dari pc boleh je nmpak haha yg trick tu

  19. IkmalRedza pada 03 Aug 2011

    Belum kira lagi yang keluar status via Public Phone, iPad3 tu semua la bagai.

  20. hahcore pada 03 Aug 2011

    via remote astro pon ada gak

  21. Janjang pada 03 Aug 2011

    bgs la kot hehe.. tak dapat la mereka2 nak show off :P aku pakai phone biase2 je…

  22. shahrul pada 03 Aug 2011

    haha bb ok je.. :D

  23. fauzifatah pada 03 Aug 2011

    ini serious mengundang kemarahan. haha

  24. Syaufe Harriz pada 03 Aug 2011

    lol

  25. terawis pada 03 Aug 2011

    haha.. sangat suka dengan pic yang aman letakkan sebagai device tu..
    terkonang semasa bercintun dulu..
    so lepas nie takleh nak berlagak update status dari iphone la ipad la.. BB la haha..

  26. hazari pada 03 Aug 2011

    semua nya jadi ‘via mobile’ oh oh..

  27. firdee pada 03 Aug 2011

    patut la…ingat apps yg problem…huhu =p

  28. syahrilhafiz pada 04 Aug 2011

    hmm tak patut betul la :)
    nasib ada apps lain, nampak gempak sikit
    via Android..haha

  29. WanShamz pada 04 Aug 2011

    Sib baik BB ada lagi. haha.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader