Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, Mozilla kini dalam proses membangunkan Firefox 6, 7, dan juga 8, dengan setiap satunya melalui salurannya tersendiri. Kini, melalui blog Mozilla, mereka turut mengatakan yang mana Firefox 7 akan menggunakan memori sehingga 50% kurang berbanding Firefox 6.
Ini sekaligus memperlihatkan yang mana Firefox 7 akan berfungsi lebih pantas, dengan kadar ianya berhenti berfungsi lebih rendah berbanding sebelum ini. Perkara ini dapat dijayakan oleh Mozilla melalui projek MemShrink yang mana dimulakan dua bulan yang lepas oleh mereka.
Buat masa ini, Firefox 7 masih lagi dalam saluran Aurora, dan dijangka akan memasuki fasa Beta pada minggu hadapan. Sekiranya semuanya berjalan lancar, kita mungkin akan dapat melihat Firefox 7 pada akhir bulan September kelak, atau lebih tepat, mungkin pada 27 September.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wow!lagi lajulah mozilla firefox versi 7 ni.saya masih duk pakai browser rockmelt lagi.he..he..
browser utama aku, still suka firefox, xtau knp. he
wah…bagus firefox…adoi sebelum ni telan RAM banyak sangat…
tu la..sampai kejang laptop..
kalau bleh seringan dan sepantas chrome maka aku akan kembali setia kpd musang berapi…
pergghh! semakin laju dh firefox
kalau nak laju, cuba lah.. Maxthon 3
Maxthon 3? Dah try ke? lagi laju dr Firefox n Chrome?
sentiasa menyokong firefox
Tak tau la kenapa/bagaimana, tapi bila buka either firefox or chrome dlm Ubuntu, sama je performance, laju & smooth. Tak mcm bila buka dkt MS Windows, Chrome seems better.
lagi lama lagi maju la derrr