19Aug

Firefox 7 Beta Dilancarkan – Memfokuskan Kepada Pengurusan Memori

Perisian, Sumber Terbuka

Dengan pelancaran Firefox 6 tempoh hari, kini Mozilla telah pun mengemaskini saluran pembangunan beta mereka, dimana kini para pengguna boleh memuat-turun Firefox 7 Beta untuk Windows, Mac OS X dan juga Linux. Salah satu penambahan yang menarik pada pelayar web Mozilla ini adalah pengurusan memori yang lebih dipertingkatkan berbanding sebelum ini.

Sehingga kini, salah satu perkara yang diminta ramai pengguna Firefox adalah pengurusan dan penggunaan memori padanya. Kini, akhirnya Mozilla mula memberikan perhatian padanya, yang mana melaluinya Mozilla menjanjikan pengurangan penggunaan memori sehingga 50%, sekaligus dijangka akan mempertingkatkan prestasi pelayar web Mozilla itu sendiri, selain pada masa yang sama menjadikannya lebih stabil.

Pada masa yang sama, Firefox 7 Beta turut memberikan perhatian pada Firefox Sync, dimana melajukan lagi proses sync pada pelayar web tersebut. Beta terbaru ini juga turut didatangkan dengan Azure Direct2D, serta membawakan lebih sokongan untuk CSS3.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun pelayar web Firefox 7 Beta ini, sementara menunggu pelancaran rasmi pelayar web ini dalam tempoh 6 minggu lagi, dan disasarkan untuk pelancaran 27 September kelak.


Mozilla Mendedahkan Fungsi Baru Pada Firefox 3.2
Kemaskini Aplikasi Picasa Anda Kepada Build 71.43
Muat-Turun Dan Cuba Opera 10 Beta 2 Sekarang
Microsoft Research Melancarkan Aplikasi Pengimejan Dinamik - Cliplets
Pelayar Web Google Chrome 20 Beta Kini Sedia Dimuat-Turun

7 Komen

  1. Amirulz pada 19 Aug 2011

    baru je update FF 6.0 ,dah kuar FF 7.0 beta version !!

  2. Hafoz pada 19 Aug 2011

    2709/2011 dah keluar FF 7.0….. Bagus2x…. 6.0 pun ader gak kurang memori tp tak brapa terasa…. kalo monitor with some apps baru perasan…..

  3. topo pada 19 Aug 2011

    -.- aku baru je update firefox 6 semalam.. dah nak ada ff7.. penat la camni hahahaha

  4. myFirdaus pada 19 Aug 2011

    bru x smpai seminggu pkai Aurora…. hahaa. #terbaik

  5. Izzat Aziz pada 19 Aug 2011

    kenapalah dia tak leh nak kumpul dalam satu je semua.. aish.

  6. yapompiow pada 19 Aug 2011

    semoga ff 7 semakin ringan dr ff 6.

  7. Firdaus Razak pada 19 Aug 2011

    ff 7? peh!! gler cepat kowt da kuar…baru update yg ff 6…xpi ok lew 2…sukex3


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader