20Aug

Mozilla Mengemaskini Saluran Firefox Aurora Dengan Versi 8

Perisian, Sumber Terbuka

Setelah pelancaran Firefox 7 Beta, kini Mozilla turut sama telah mengemaskini saluran Aurora mereka, dimana kini Firefox 8 Aurora boleh diuji oleh para pengguna Windows, Mac dan juga Linux, yang mana membawakan beberapa fungsi percubaan, termasuk sedikit perubahan pada antaramuka pelayar web.

Salah satu fungsi utama pada Firefox 8 Aurora adalah dimana kini pengguna diberikan lebih kawalan pada add-on yang dipasang pada pelayar web mereka. Pada masa yang sama, kini setiap kali para pengguna ingin memasang suatu add-on yang baru, pengesahan pengguna akan diminta, sekaligus mengelakkan sesuatu aplikasi pihak ketiga itu dipasang secara automatik.

Dari segi antaramuka pula, kini Firefox 8 Aurora membawakan sokongan animasi pada tab, menjadikan pelayar web anda lebih menarik lagi. Selain daripada itu, kini setiap versi Firefox dilabelkan pada tetingkap pelayar web, memudahkan pengguna mengetahui mereka sedang menggunakan versi yang mana.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Firefox 8 Aurora untuk Windows, Linux dan juga Mac, dan mula bereksperimen dengan pelayar web yang bakal dilancarkan secara rasminya dalam tempoh 12 minggu lagi.


Mozilla Minefield - Pelayar Terpantas Di Dunia?
Pelayar Web Chrome Kini 30% Lebih Pantas
Appxplore Bakal Melancarakan Permainan Mudah-Alih Pertama – Lightopus
Aplikasi ComicBox Memudahkan Pembacaan Komik Dan Manga Pada iPad
UIAM Memperkenalkan Aplikasi Berasaskan Geolokasi - HajjLocator

3 Komen

  1. Syaufe Harriz pada 20 Aug 2011

    awesome!

  2. Izzat Aziz pada 20 Aug 2011

    nak final version je.

  3. yapompiow pada 20 Aug 2011

    firefox 6 baru jer rasa nie.. dh ada Aurora dh :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader