26Aug

Firefox 9 Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Halaman Tab Baru Menyerupai Opera?

Perisian, Sumber Terbuka

Selain daripada Chrome, kini nampaknya Mozilla turut sama akan memperkenalkan rekabentuk halaman tab baru yang baru pada Firefox, dimana ianya diperkatakan melalui rekabentuk baru itu kelak, ianya akan membawakan pelbagai fungsi yang menyerupai elemen-elemen pada fungsi Speed Dial yang terdapat pada pelayar web Opera.

Firefox Australis

Halaman tab dengan rekabentuk baru ini disasarkan untuk diperkenalkan pada Firefox 9 kelak, dimana melaluinya, para pengguna boleh memperlihatkan antara 9 hingga 16 halaman kegemaran mereka dengan mudah, serta mengubah nya mengikut citarasa pengguna dengan senang.

Selain daripada itu, Firefox 9 juga disasarkan untuk memperkenalkan rekabentuk pelayar web yang serba baru, seperti mana pernah diperlihatkan sebelum ini. Buat masa ini, Firefox 9 masih lagi pada saluran Nightly, dan tidak membawakan sebarang perubahan drastik padanya.


Apple Membawakan Safari 4 Beta
Internet Thoyyibah Dari Jaring dan Kerajaan Kelantan
Aplikasi iPad New Straits Times Dilancarkan
Panggilan Video Skype Kini Disokong Pada Lebih Banyak Peranti Android
AVG Melancarkan AVG Anti-Virus Free 2012 - Lebih Ringan Dan Pantas

9 Komen

  1. Amir Hamzah pada 26 Aug 2011

    Mcm Chrome pun ada, IE9 pun ada. Ni nak mcm Opera plak? Come one Mozilla, awe us more :-D

  2. Firdaus Razak pada 26 Aug 2011

    hrm..cam mnarik jewp :)

  3. yapompiow pada 26 Aug 2011

    ilang dh identiti firefox. dh byk sgt dh campur dgn browser lain..

  4. ZoOL pada 26 Aug 2011

    Tuka la cmne pun, selagi diorg tak fix memory leak tu.. slagi tu la Firefox jadi pilihan ke-3 aku.. yg first tentu la Opera ;)

  5. Abszeen Picco pada 26 Aug 2011

    apepun mozilla wat, pengguna advanced tetap suka mozilla firefox ni. tq tq tq :D

  6. ali mamak pada 26 Aug 2011

    x leh lawan chrome jugak la mozilla ni

  7. iems1923 pada 26 Aug 2011

    i love firefox “just the way u are” :D

  8. puppet pada 27 Aug 2011

    ff consume bnyk memory…
    tab and feature baru kt ff 6 tu dah style tp still mkn memory y bnyk gle!

  9. pak cik karipap pada 27 Aug 2011

    hidup chrome….. chrome yg terbaik after aku test mozilla, opera, safari n chrome… ternyata chrome yg terbaik sekali…… percayalah…. =)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader