19Aug

FourSquare Menambah Fungsi Yang Dinantikan – FourSquare Events

Web 2.0

Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh para pengguna apabila mendaftar masuk disesuatu lokasi adalah untuk memberitahu apakah yang mereka lakukannya disana, termasuk menambah nama filem, nama acara dan sebagainya. Kini, FourSquare memudahkan perkara tersebut melalui FourSquare Events.

Penambahan fungsi ini juga turut sama membawakan peningkatan fungsi sosial pada aplikasi tersebut, dimana kini anda turut sama boleh melihat siapakah bersama-sama dengan anda pada sesuatu lokasi, dan sedang melakukan perkara yang sama dengan anda.

Buat masa ini, sokongan ini telah pun diperkenalkan pada iPhone dan juga halaman rasmi FourSquare, dan bakal diperkenalkan pada lebih banyak platform dalam masa terdekat kelak.


Hak Cipta WordPress Kini Milik WP Foundation
Ujian Alpha Diaspora Sebelum Penghujung November
Peringkas URL RT.my Dibuka Kepada Umum
Bukuku - Jual-Beli Buku Teks Di Universiti Kini Lebih Mudah Dan Pantas
Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?

5 Komen

  1. abdjabbarabdhamid pada 19 Aug 2011

    Belum pernah guna Forusquare lagi, akan lakukan dalam tempoh terdekat. Cam menarik sahaja.

  2. Fairuz Sulaiman pada 19 Aug 2011

    Perghhh mantap la. Baru nak buat idea ni…diorang dah launch pulak..

  3. Najib pada 19 Aug 2011

    ni kalau gi wayang senang, takyah nak taip nama filem lagi dah

  4. Jyundoo pada 19 Aug 2011

    bagi kaki 4Square cam aku ni, ni perkara yang membestkan diri. br la selonok sket nak check in

  5. fauzifatah pada 19 Aug 2011

    fuh… kena try nih.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader