Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini FourSquare telah pun mula menyokong FourSquare Pages untuk semua, yang mana boleh dibuat secara automatik dengan mudah dan pantas, iaitu dengan hanya menghubungkan akaun Twitter sahaja.

Dengan adanya sokongan FourSquare Pages, ianya kini boleh membantu jenama-jenama menggunakan FourSquare dalam mempromosikan jenama mereka dengan lebih menyeluruh. Selain daripada itu, kebolehan untuk lebih daripada seorang mentadbir satu halaman, akan memudahkan anda menyampaikan tips dan pelbagai berita dengan pantas kepada komuniti anda.
Untuk mula membina halaman FourSquare Pages untuk jenama anda, anda hanya perlu mendaftar menggunakan akaun Twitter untuk sesuatu jenama, dan ianya akan dapat dibina dengan beberapa klik sahaja. Jadi, apa tunggu lagi? Jom bina halaman FourSquare Pages untuk jenama dan organisasi anda.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Adakah kebanyakan entrepreneur di Malaysia menggunakan khidmat Foursquare dalam mempromosi produk mereka? Yang saya nampak, Pesbuk dan Twitter yang lebih popular dikalangan golongan-golongan ini di Malaysia.
ffuuuh 4sq pages, very nice untuk offline business.
nice…
mungkin alternatif promosi jenama yang lebih baik dari Page kat FB, tp ntah camna ngn sambutan orang ramai. sbb ramai gak xtahu pasal FourSquare ni.
Lebih banyak options untuk mempromosikan bisnes dengan adanya 4sq pages.
cool
betul-betul! saya pun “umpama” pertama kali mendengar perkara seperti di atas.
macam best….