Cari @ Amanz

Setelah melancarkan aplikasi Google+ dengan beberapa fungsi asas, kini Google terus menambah pelbagai fungsi Google+ pada aplikasi mudah-alih mereka, dimana melalui kemaskini yang diperkenalkan hari ini, mereka membawakan sokongan untuk Share kemaskini daripada rakan-rakan dengan mudah dan pantas.

Selain daripada itu, kini para pengguna Google+ pada Android juga boleh turut sama menguruskan dan membina Circles yang baru dengan senang terus melalui aplikasi mudah-alih mereka, dan tidak lagi perlu tertunggu-tunggu untuk ke desktop untuk menguruskan rakan-rakan baru.

Google turut sama mengatakan yang mana fungsi baru ini bakal diperkenalkan untuk para pengguna iOS dan juga aplikasi web mudah-alih mereka tidak lama lagi. Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Google akan memperkenalkan aplikasi Google+ ini untuk para pengguna BlackBerry, Symbian dan Windows Phone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd