19Aug

Fungsi Ticker Pada Facebook Diuji Dengan Lebih Meluas

Web 2.0

Nampaknya, kini Facebook menguji fungsi kemaskini masa-nyata pada bahagian tepi laman mereka secara lebih meluas, dimana fungsi yang dinamakan Ticker itu kini dilihat oleh lebih ramai pengguna, termasuk pengguna tempatan. Sebelum ini, fungsi ini hanya diperlihatkan kepada segelintir kecil sahaja beberapa bulan yang lalu.

Namun begitu, ianya masih tidak diketahui samada adakah Facebook akan mengimplementasikannya ataupun tidak, memandangkan ianya akan memberikan impak kepada bagaimana iklan diperlihatkan pada Facebook.

Walaubagaimanapun, dari segi pengguna, ianya kelihatan memudahkan para pengguna mengikuti kemaskini rakan-rakan mereka dalam bentuk masa-nyata, dan tidak memerlukan pengguna ke sesuatu halaman untuk membalas komen dan melihat sesuatu media, tetapi boleh mengikutinya secara terus melalui halaman utama Facebook.

Terima kasih Cik Mal


Google Bakal Memperkenalkan Produk Sosial Terbaru
Blogger Penyedia Blog Terbaik Dengan Masa Uptime 100%
Twidroyd Dan UberSocial Kembali Aktif Semula
Oh! Media Bakal Melancarkan Blog Memfokuskan Apple
Sinar Project Melancarkan Laman Corruption Tracker

7 Komen

  1. din je pada 19 Aug 2011

    menyesakkan facebook..

  2. Muhammadnajmi pada 19 Aug 2011

    elok lah tu , buat la semak facebook , pastu nanti pergi google + plak <3

    • Bisyairi pada 19 Aug 2011

      haha.. elok sgt la tu.. google+ nampak bersih, x serabut nak tngok..

  3. Zul's Stuff pada 19 Aug 2011

    mcm google + pun ada..

  4. myFirdaus pada 19 Aug 2011

    sesak, serabut. pening…

  5. Wan Perlis pada 19 Aug 2011

    aku taksuka fungsi ni
    aku tunggu bila pesbok nak kemaskan permalink.contohnya facebook.com/ahmad/album

  6. ali mamak pada 19 Aug 2011

    terlalu kedepan sangat facebook ni..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader