Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pelancaran Samsung Galaxy Tab 10.1 dan juga Galaxy Tab 8.9 yang bakal berlaku tahun ini di Malaysia, kini Samsung telah pun mula membangunkan tablet baru mereka, dimana kini ianya dilaporkan yang mana mereka sedang dalam proses membangunkan Galaxy Tab bersaiz 7-inch seperti generasi pertama, dengan pelbagai ciri-ciri baru.

Ianya diperkatakan tablet 7-inch generasi baru daripada Samsung itu kelak akan membawakan skrin AMOLED dengan resolusi HD 1280×768 pixel, serta membawakan sokongan kamera 5-megapixel padanya. Ianya juga turut sama akan menggunakan platform Android padanya, dan dijangka akan mula dijual di pasaran seluruh dunia bermula daripada pertengahan tahun 2012 kelak.
Mungkin ianya merupakan salah satu langkah yang bijak daripada Samsung, memandangkan ramai pengguna yang gemar akan Samsung Galaxy Tab generasi pertama yang bersaiz 7-inch itu. Mungkin juga ianya turut sama akan menarik minat pengguna Galaxy Tab generasi pertama itu mengemaskini kepada versi baru ini ketika pelancarannya kelak.
23 Komen
Tinggalkan Komen Anda
bagus…ramai yg suka tab 7 inci….walaupun froyo…huhu
pengguna tab7 skang dan aku menanti ini dgn penuh minat
tab 7 cool!
harap harap boleh buat phone call macam yang model dulu .. tab 10.1 tak boleh
samsung terbaeekk
terbest!!!!!!!!!!!!
boleh telefon ke tidak ni?
amoled…?
boleh mula kumpul duit…
Maybe later Samsung patut push kepada full HD.
terbaek….terbaek….terbaek…
still kecik, nak puas tengok kene pakai 10.1 gak
bila nak keluar samsung galaxy tab 8.9′?
jom kumpul duet
Kena start kumpul duit dari skrg ni…
harap2 harga dia x jauh beza dgn harga sekarang
gempak
Masih menunggu Galaxy Tab 10.1. adus lambat nya…
walalooo !
kalau AMOLED lg sedap ah… dia cuma upgrader AMLOLED je kan. fungsi call dia tak buang kan… ke camne
wah…amoled pulak lepas ni..superb..
nak tunggu amanz buat unwrapping hahaha..
dasyat~