04Aug

GMail Mobile Kini Dioptimasikan Untuk iOS Dan PlayBook

Google

Google sering mengemaskini perkhidmatan emel mereka dengan pelbagai perkara, dan kini mereka membawakan kemaskini untuk GMail Mobile, dimana kini ianya lebih kemas dan lancar berbanding sebelumnya.

Para pengguna GMail Mobile, terutamanya iOS dan juga PlayBook kini boleh menikmati fungsi tarik ke bawah untuk melihat senarai mesej-mesej baru pada inbox mereka, sekaligus menjadikannya lebih mudah untuk melihat emel-emel baru.

Selain daripada itu, untuk para pengguna iPhone 4 yang didatangkan dengan paparan Retina, kini Google menambah beberapa grafik dan ikon beresouli tinggi, menjadikan penggunaan GMail pada peranti mudah-alih tersebut lebih menarik dan kemas.

Pengguna yang menggunakan GMail Mobile, boleh melayari laman GMail terus melalui peranti mudah-alih bermula hari ini, dan melihat fungsi-fungsi yang dibawakan oleh Google itu.

Tips awal : Amir Hamzah


Google Suggest Kini Memperlihatkan Pautan Terus
Google Menderma $2 Juta Pada WikiMedia
Google Memperlihatkan Android@Home
Google Melancarkan Laman WDYL.com
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 4 Ogos

6 Komen

  1. budaini pada 04 Aug 2011

    menarik..

  2. Ikmal Redza pada 04 Aug 2011

    Serupa je sistem kemaskini seperti aplikasi Twitter untuk Android.

  3. Muhd Firdaus pada 04 Aug 2011

    Untuk symbian ada tak?

    • Khairul Anuar pada 04 Aug 2011

      minta maap utk pengguna symbian, google x akan buat aplikasi bagus2 utk pesaingnya. Bleh guna aplikasi gmail versi java je la..

  4. terawis pada 04 Aug 2011

    makin bagus.. tapi tulah.. jarang sket guna gmail nie :) hanya sebab ada g+ jer..

  5. firdee pada 04 Aug 2011

    nice ^^


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader