Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pelancaran Google Chrome 13 pada tempoh hari, hari ini Google telah pun mengemaskini saluran Beta mereka, dimana Chrome 14 Beta telah pun dilancarkan kepada umum, yang mana membawakan lebih banyak perkara menarik kepada para pembangun dan juga pengguna.
Salah satunya adalah sokongan Native Client pada Chrome, yang mana membolehkan kod-kod seperti C++ dan lain-lain dijalankan pada pelayar web sama seperti JavaScript digunakan. Ianya sekaligus memudahkan para pembangun membangunkan aplikasi web mereka dengan lebih mudah dan dengan prestasi dan penggunaan yang tinggi lagi.
Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan WebAudio API untuk membolehkan penggunaan audio dengan lebih menyeluruh lagi oleh para pembangun. Para pengguna dan pembangun yang berminat, boleh memuat-turun Chrome 14 Beta daripada saluran Beta, ataupun sekiranya anda telah menggunakan saluran beta sedia ada, ianya akan dikemaskini secara automatik dengan mudah.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
nice work~
awesome!
Dah hampir 6 tahun tak main2 dengan c++..hehe..mungkin dgn chrome 14 ni, akan banyak apps yg guna ++ dibangunkan..
ini satu lagi kejayaan Google yang perlu saya pelajari, yang mana pasukan tindakan Google memang beruntung kerana pembangunannya bersumberkan idea-idea yang disumbangkan oleh penggiat forum Google (komen). Idea yang bernas dan percuma telah dimanfaatkan oleh pasukan tindakan Google.
google sentiasa ke hadapan..
yeah.
belajar c pun jadi sewel kejab, sib baik lulus. maybe programing is not for me or aku easy to give up.
satu lagi kemajuan dari google
tapi kan kat chrome 13 pun korang boleh enable kan native support..kan?
Native Client
Enable support for Native Client.
Disable