Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah gagal untuk memiliki Groupon sebelum ini, kini nampaknya Google telah mengambil-alih DealMap, yang mana merupakan salah satu laman aggregator untuk tawaran harian, mengumpulkan lebih daripada 400,000 tawaran harian setiap hari melaluinya.

Ianya diperkatakan yang mana sejak DealMap dilancarkan pada bulan Mei 2010 yang lepas, kini ianya mempunyai lebih daripada 2 juta pengguna, serta lebih 85 juta kunjungan setiap bulan ke rangkaian mereka.
Ianya masih lagi tidak diketahui bagaimanakah Google akan menggunakan DealMap, namun dengan Google Offers, dan juga Google Places yang semakin berkembang, berkemungkinan ianya akan diintegrasikan padanya, memberikan lebih nilai kepada pengguna sedia ada Google.
Sama-sama kita nantikan bagaimana Google menggunakannya kelak.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
masih confuse lagi nak guna web tawaran harian camni….
dealmap ni utk ape sbenarnya??
konpius lg ni…
banyak jumpa deal web sekarang tetapi kebanyakkan produk yang ditawarkan agak kurang sesuai dengan kehendak – lagi2 bab tawaran makanan.
Ape benda dealmap nie??
dealmap ni takde kat malaysia lagi kan?
Mungkin fokus lebih untuk orang2 kata sana tue agaknya sebab market dia dah steady kat sana. Mcm Incik Kujie bagitau tue betol gak banyak dealweb kat Malaysia tapi tak berapa kena dengan taste pengguna.
wah..tak ada dealmap malaysia here tapi ada banyak deal website lain lain in malaysia too. @.@
Yep, betul, ada Dealmates, Milk-a-Deal, Groupon, Mydeal dll. Tawaran utk khidmat atau barangan dgn harga diskaun. ADa yg Ok ada yg tak Ok; pandai2-lah memilih dan bandingkan