13Aug

Google+ Games Kini Boleh Diakses Oleh Sebilangan Besar Pengguna

Google

Lanjutan daripada semalam, kini ianya kelihatan yang mana kebanyakkan pengguna Google+ sudah pun mula dapat mengakses Google Games melalui laman sosial terkemuka tersebut. Buat masa ini, kurang daripada 20 permainan yang ditawarkan, dan bilangannya dijangka akan meningkat tidak lama lagi.

Menariknya adalah dimana fungsi notifikasi pada permainan di Google+ diuruskan dengan baik sekali, dimana para pengguna boleh mengakses semua notifikasi dengan mudah melalui halaman tab Games, serta tidak menganggu Stream utama mereka.

Selain daripada itu, memandangkan pengguna boleh berkongsi kemaskini Google+ mereka pada hanya sebilangan kecil Circles, ianya juga amat mengurangkan kemaskini berkaitan permainan yang tidak diminati semua.

Dan menariknya adalah, permainan Angry Birds yang dinantikan ramai pada Facebook sebelum ini, telah pun diperkenalkan pada Google+, sekaligus membawakan beberapa fungsi sosial padanya, membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan lain dengan mudah.

Tips awal daripada Ariff


Kerjasama Strategik Antara Google dan Yahoo!
BarCampMalaysia : Google Android
Import dan Eksport Artikel Anda Pada Blogger
Google Bakal Memperlihatkan Chrome OS Esok
Chrome 15 Menjadi Pelayar Web Paling Popular Di Dunia Menewaskan Internet Explorer 8

15 Komen

  1. abdjabbarahamid pada 13 Aug 2011

    Wuhuuuu! Saya sudah boleh akses. Terima kasih atas pemberitahuan,

  2. kopisoda pada 13 Aug 2011

    yes!
    dah boleh buat highscore! :D

  3. lepat pada 13 Aug 2011

    wow!bestnya!mesti dah boleh main game ni.nanti saya login account.

  4. syuk606 pada 13 Aug 2011

    yesss…dah boleh guna jugak =]

  5. ali mamak pada 13 Aug 2011

    yess… aku pun da boleh gune

  6. Mayang Abadi pada 13 Aug 2011

    kat facebook pun main game, kat sini pun ada game. huhuhu.

  7. Zainur pada 13 Aug 2011

    Agak slow la main Angry Bird kat Google+ bila guna Mozilla Firefox 5

  8. din je pada 13 Aug 2011

    pe lg…try2

  9. megat pada 13 Aug 2011

    google semakin mantap. harap akan ada lagi yang lebih gempak!

  10. budaini pada 13 Aug 2011

    ok, dah cuba… hehe..

  11. Amir Said pada 13 Aug 2011

    Wah makin meriah Google+

  12. luqman latif pada 13 Aug 2011

    Tak lama Google+ boleh kalahkan Facebook :D D

  13. Scromix pada 13 Aug 2011

    daftar je dlu dah rmai pakai baru main btol2 haha

  14. Bob pada 14 Aug 2011

    menzyngakan diri

  15. Selina pada 14 Aug 2011

    wow.. angry birds still popular in google only! :P


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader